Arkib Berita

Perjumpaan Ibu Bapa & Penjaga Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Featured

Event Details:

  • Date: - -
  • Lokasi: Bilik Seminar Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak
  • Program

14 bersamaan 20 Safar 1436H – Satu perjumpaan ramah mesra antara ibu bapa dan penjaga pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (MTQ MAIK) dengan pengetua, pensyarah-pensyarah dan kakitangan-kakitangan MTQ MAIK telah diadakan di ruang atas dewan besar Kompleks Islam Jubli Perak (KIJP) bermula jam 2.10 petang dan berakhir jam 5 petang. Cetusan idea untuk mengadakan pertemuan seperti ini telah lama wujud, namun dek kekangan masa dan kesibukan maka pertemuan ini tersebut berjaya juga diadakan meskipun dalam jangka masa yang singkat.

Dalam pertemuan tersebut, Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Al-Fadhil Ustaz Mohd Sukeri bin Mohd Noor, antara lain dalam ucapan alu-aluannya bahawa tujuan utama perjumpaan ramah mesra yang diadakan buat julung kalinya ini adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara para ibu bapa / penjaga dengan semua pensyarah dan kakitangan untuk sama-sama menyelesaikan masalah-masalah berbangkit yang berkaitan dengan prestasi pelajar, disiplin dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan serta hala tuju pelajar setelah mereka berjaya memegang diploma pengajian Tahfiz Al-Quran yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM melalui Darul Quran Kuala Kubu, Selangor.

Setiap bahagian di Maahad Tahfiz Al-Quran temasuk Bahagian Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik (HEA) dan Hal Ehwal Pelajar(HEP) telah menyelaraskan dan menyelia tugas dan tanggungjawab unit-unit di bawah masing-masing. Selepas penerangan dari ketiga-tiga bahagian utama di Maahad ini, para ibu bapa / penjaga diberi peluang untuk sesi soal jawab, bertanya dan memberi pandangan bagi menambahbaik pentadbiran ini. Mereka amat berpuas hati dengan penerangan yang diberi serta berharap kepada pentadbiran maahad ini khususnya pihak pengetua maahad menguatkan lagi undang-undang sedia ada yang telah gubal demi untuk menjaga sikap dan akhlak pelajar serta kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik sepanjang berada disini.

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
2935
571
7746
20258
2106030