Arkib Berita

Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-5 Pelajar Semester 6 Sesi 2011 / 2014 Featured

Event Details:

  • Date: - -
  • Lokasi: Masjid Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak
  • Program

20 Februari 2014 (Khamis) - Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MTQ MAIK) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran kali ke-5 bertempat di Masjid Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji, Kota Bharu, Kelantan. Seramai 25 orang pelajar semester 6 Program Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran di Maahad ini telah mengikuti Majlis tersebut.


YB. SS Dato' Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah merasmikan majlis tersebut sebagai mewakili YAB. Dato' Hj Kamaruddin bin Mohd Zin, Timbalan Yang Dipertua MAIK.


Pada ucapan perasmian tersebut, YB. SS. Dato’ melahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada para pelajar, asatizah dan Ibu bapa kerana telah berjaya dalam melahirkan generasi yang merupakan aset penting bagi agama, bangsa dan negara yang akan memartabatkan kesucian ayat-ayat Al-Quran dimasa akan datang.
YB. SS. Dato’ juga menyarankan supaya para pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK untuk berusaha memahami ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran dan memperkasakan budaya Ilmu serta menyebarkannya untuk kebaikan masyarakat. Para pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK diingatkan supaya sentiasa menjana akhlak dan disiplin yang baik bagi mencerminkan peribadi yang mulia.

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
179
3017
8007
20519
2106291