Arkib Berita

Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Sesi 2014 Featured

Event Details:

  • Date: - -
  • Lokasi: Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak
  • Program

6 Mei 2014 (Selasa) - Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Kelantan (MTQ MAIK) telah mengadakan Majlis Pendaftaran Pelajar Baru MTQ MAIK di Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji Kota Bharu Kelantan. Seramai 40 orang pelajar baru telah terpilih untuk kemasukan sesi mei pada tahun ini daripada 120 penyertaan yang diterima. Pra acara dewan berlangsung pada jam 9.15 pagi dengan Taklimat Ringkas Pelajar Baru dan Ibu Bapa yang disampaikan oleh AF. Ustaz Haji Mohd Najmuddin bin Haji Ismail selaku Penyelaras Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Majlis Perasmian Pendaftaran Pelajar Baru MTQ MAIK sesi 2014 / 2017 berlangsung pada jam 10.00 pagi yang mana dimulakan dengan aluanan bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Ahmad Sofwan bin Mohamad Nazir secara taranum berqiraat. Acara diteruskan dengan ucapan aluan AF. Mohd Sukeri Bin Mohd Nor, Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK. Beliau mengucapakan tahniah dan syabas kepada mereka yang terpilih pada tahun ini dan mengharapkan para pelajar untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin bagi tujuan proses pengajian dan pembelajaran sepanjang berada di kampus ini.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh AF. Ustaz Muhammad Hanapizi bin Abdullah , Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mewakili Timbalan Yang Dipertua MAIK. Dalam ucapannya, beliau menyarankan supaya ibu bapa cakna dan mengambil tahu akan disiplin dan akademik anak-anak mereka bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan berwibawa. Ia juga dapat mengeratkan hubungan diantara ibu bapa dengan pihak pentadbiran MTQ MAIK. Beliau turut mengharapkan supaya para pelajar bijak dalam membuat keputusan untuk menghadapi apa jua rintangan yang di hadapi semasa proses pembelajaran dan penghafazan. Para pelajar juga diminta untuk istiqamah dalam menghafaz Al-Quran bagi mengelakkan dari berlaku permasalahan tidak memenuhi muqarar (sukatan) setiap semester.

Acara diteruskan dengan bacaan ikrar pelajar baru secara beramai-ramai yang diketuai oleh adik Mohd Atqullah Bin Najimudin.Majlis diakhiri dengan bacaan doa yang disampaikan oleh YBRs. Encik Alwe bin Jusoh yang merupakan kakitangan MAIK.

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
473
628
2337
17352
2084209