Arkib Berita

Program Bicara Ilmu bersama AF Ustaz Abdullah bin Mohd Zamri Featured

Event Details:

  • Date: - -
  • Lokasi: Bilik Mesyuarat Maahad Tahfiz
  • Program

9 Januari 2015 - Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menganjurkan Program Bicara Ilmu yang disampaikan oleh AF Ustaz Abdullah bin Mohd Zamri bertempat dibilik Mesyuarat MTQ MAIK. Program ini bermula pada jam 8.15 malam dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh saudara Nik Abdul Muiz Bin Nik Mustapa selaku Timbalan Setiausaha MPP.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pimpinan pelajar serta nuqaba’ mengenai kepentingan berdakwah dalam kehidupan seharian. Antara perkara yang penting ditekankan oleh penceramah adalah berkaitan kepentingan mahasiswa islam dalam mempersiap diri dengan ilmu dalam menyebarkan dakwah.

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
610
483
2686
11133
2096905