Arkib Berita

Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali ke 4 Featured

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Darul Quran, Kuala Kubu, Selangor
  • Program

Program Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali ke 4 Anjuran Bersama Darul Quran JAKIM dengan Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri dan Swasta terpilih telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Oktober 2013 sehingga 24 Oktober 2013 bertempat di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru, Selangor. Program yang disertai oleh 13 kontijen daripada pelbagai institusi tahfiz negeri di Malaysia telah merekodkan sejarahnya yang tersendiri melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak penganjur. Terdapat 2 kategori acara yang dipertandingkan iaitu acara dewan dan acara padang. Acara padang yang dipertandingkan seperti bola sepak, ping-pong, futsal, badminton dan sepak takraw manakala acara dewan pula iaitu terdiri daripada hafazan, tilawah, seni khat, nasyid dan qasidah.

Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) telah menghantar seramai 40 orang peserta dan diiringi oleh 4 orang guru pengiring. Semua kontijen telah berkampung di kampus Darul Quran selama 5 hari. Segala usaha para peserta dan pegawai tahfiz (MAIK) berbaloi apabila 3 acara yang disertai iaitu badminton, hafazan dan seni khat berjaya menyumbang pingat perak kepadapasukan. Segala aktiviti yang berlangsung boleh dilihat melalui gambaran di bawah.

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
316
639
3031
11478
2097250