Arkib Berita

Sambutan Hari Mu’allim & Anugerah Kecemerlangan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Kelantan (MTQN MAIK)

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Dewan Serbaguna, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

31 Mei 2016 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan MAIK telah menganjurkan Sambutan Hari Mu’allim & Anugerah Kecemerlangan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.

Pada masa yang sama juga, turut diadakan Sambutan Hari Muállim & Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi meraikan para pensyarah yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan di samping menghargai pelajar yang telah menaikkan nama maahad dengan kecemerlangan yang telah dicapai. Ia merupakan majlisyang julung kali diadakan di Maahad ini. Majlis yang dirancang ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar dan juga pensyarah. Di sekolah, guru atau pensyarah akan berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa kerana mereka bukan setakat mengajar ilmu bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin pelajar. Melalui aktiviti Sambutan Hari Muállim, pelajar dapat berinteraksi dengan pensyarah selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, pelajar juga menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyerlahkan bakat bagi menghiburkan para pensyarah dan menghidupkan suasana Hari Muállim. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang pensyarah.

Antara objektif program ini adalah:

  • Menaikkan dan menyemarakkan semangat para pensyarah dalam melahirkan modal insan.
  • Merapatkan hubungan siraturrahim antara pensyarah dan warga kerja dengan para pelajar.
  • Memupuk nilai menghargai jasa pensyarah dan warga kerja kepada para pelajar.
  • Menghargai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan semester.
  • Pada masa yang sama juga, turut diadakan Sambutan Hari Muállim & Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi meraikan para pensyarah yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan di samping menghargai pelajar yang telah menaikkan nama maahad dengan kecemerlangan yang telah dicapai. Ia merupakan majlisyang julung kali diadakan di Maahad ini. Majlis yang dirancang ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar dan juga pensyarah. Di sekolah, guru atau pensyarah akan berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa kerana mereka bukan setakat mengajar ilmu bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin pelajar. Melalui aktiviti Sambutan Hari Muállim, pelajar dapat berinteraksi dengan pensyarah selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, pelajar juga menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyerlahkan bakat bagi menghiburkan para pensyarah dan menghidupkan suasana Hari Muállim. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang pensyarah.

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
355
491
2710
17725
2084582