Arkib Berita

Program Ceramah Anti Dadah Di Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Kelantan(MTQN MAIK)

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Maahad Tahfiz Al-Quran, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji, Kota Bharu
  • Program

Pada 07 Disember 2017, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menganjurkan satu Program Ceramah Anti Dadah khusus kepada pelajar-pelajar maahad ini.

Program ini dirancang sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kefahaman para pelajar tentang bahaya dadah kepada diri dan masa depan mereka, disamping penerangan tentang kesan-kesan negatif akibat penggunaan dadah dalam kehidupan dan maklumat tentang jenis-jenis najis dadah.

Antara Objektif program ini adalah :

  1. Meningkatkan kefahaman para pelajar tentang bahayanya dadah kepada diri dan masa depan
  2. Menerangkan kepada pelajar dengan jelas tentang kesan-kesan negatif akibat penyalah gunaan dadah dalam kehidupan
  3. Memberi pendedahan maklumat tentang jenis-jenis dadah
  4. Menanam sikap benci kepada dadah dalam diri pelajar
  5. Mewujudkan gaya hidup sihat tanpa dadah
  6. Supaya pelajar lebih memahami bahawa dadah adalah punca keruntuhan akhlak.h
  7. Memahami bahawa dadah adalah salah satu ancaman keselamatan pada hari ini dan akan datang.

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
279
468
4519
17031
2102803