Arkib Berita

Pertandingan Syarahan Bahasa Di Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) Tahun 2019

Maklumat Program:

  • Date: -
  • Lokasi: Bilik Seminar, Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak (KIJP), Panji Kota Bharu, Kelantan
  • Program

Bahagian Hal-Ehwal Akademik (HEA) Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK, melalui Unit Bahasa, telah menganjurkan PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA.

Program yang berbentuk santai ini, adalah julung-julung kali dianjurkan oleh Unit Bahasa yang menggabungkan tiga (3) bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar dalam menyampaikan pendapat secara berhemah dan yakin dalam penyampaian di khalayak umum disamping mengasah kemahiran mereka untuk dipraktikkan dalam medan dakwah Islamiyyah kepada masyarakat setempat tanpa mengira latar belakang agama dan tempat.

Aktiviti ini juga bertujuan sebagai persediaan untuk memilih 3 orang pemidato kategori Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris dalam kalangan pelajar untuk mewakili maahad ini ke IHTIFAL HUFFAZ PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-7/2019 yang akan berlangsung pada 22-27 Julai 2019, di DARUL QURAN Kuala Kubu Bharu Selangor. Program ini juga diselangi dengan persembahan Al-Quran Tarannum Berqiraat, Hafazan Al-Quran (1-10 Juzuk, 1-20 Juzuk & 1-30 Juzuk) dan persembahan Kumpulan Nasyid Maahad Tahfiz MAIK yang akan turut serta dalam ihtifal, mewakili kategori masing-masing.

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
227
473
956
12298
2079155