Arkib Berita

Program Ihya’ Ramadhan Dan Majlis Khatam Al-Quran Pelajar Sem-6

Maklumat Program:

  • Tarikh: -
  • Lokasi: Dewan Tengku Kaya Pahlwan KIJP
  • Program

Pada 04 April 2022, Maahad Tahfiz al-Quran (MAIK) telah mengadakan program Ihya’ Ramadhan dan Khatam al-Quran bagi pelajar Sem-6 yang bertempat di Dewan Tengku Kaya Pahlawan KIJP. Tujuan program ini diadakan secara serentak agar dapat menghidupkan penghayatan Ramadhan kepada para pelajar MTQ MAIK serta menyuburkan rasa cinta terhadap Al-Quran dikalangan mereka. Turut dijemput menghadiri program ini ialah para ibu-bapa pelajar semester enam. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat SS Dato’ Mufti Negeri Kelantan. Seramai 31 orang pelajar telah berjaya khatam al-Quran mengikut tempoh yang ditetapkan.

Lawatan ini telah dihadiri oleh dua orang Pegawai Darul Quran JAKIM iaitu YBrs Af Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin selaku Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti Darul Quran JAKIM dan YBrs Af. Ustaz Muhammad Zaki bin Ab Rahman, selaku Ketua Unit Muadalah Darul Quran JAKIM.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pensyarah al-Quran, sijil khatam al-Quran kepada semua pelajar semester enam dan anugerah kepada 3 orang pelajar awal khatam serta anugerah khas hafiz.

Disediakan Oleh : Asmazawawi B Mohamed

flickr
www.flickr.com

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
345
639
3060
11507
2097279