ARKIB

Sedetik Bersama YABhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Syeikh Omar Bin Ab Rahman

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Masjid Al-Mawaddah, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

Sempena dengan kedatangan YABHG. RPOF. EMERITUS DATO’ DR. SYEIKH OMAR BIN AB RAHMAN ke Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji pada untuk satu Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya’ Ramadhan oleh MAIK kepada semua Masjid Mukim Seluruh Negeri Kelantan, pihak pengurusan MTQ MAIK tidak melepaskan peluang keemasan ini menjemput YABHG. RPOF. EMERITUS DATO’ DR. SYEIKH OMAR BIN AB RAHMAN untuk menyampaikan amanat atau taujihat kepada pelajar dan seluruh warga kerja MTQ.

Objektif Program:-

  • Menimba ilmu dan pengalaman daripada orang yang cukup luas ilmu dan pengalaman.
  • Memberi pendedahan kepada pelajar tentang perjalanan hidup seorang penuntut ilmu.
  • Menyemai semangat bermujahadah dala m menempuh hidup selama menuntut ilmu.
  • Memupuk semangat kerjasama dengan semua pihak supaya setiap kerja yang dijalankan berkualiti

Read more...

Sambutan Hari Mu’allim & Anugerah Kecemerlangan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Kelantan (MTQN MAIK)

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Dewan Serbaguna, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

31 Mei 2016 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan MAIK telah menganjurkan Sambutan Hari Mu’allim & Anugerah Kecemerlangan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.

Pada masa yang sama juga, turut diadakan Sambutan Hari Muállim & Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi meraikan para pensyarah yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan di samping menghargai pelajar yang telah menaikkan nama maahad dengan kecemerlangan yang telah dicapai. Ia merupakan majlisyang julung kali diadakan di Maahad ini. Majlis yang dirancang ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar dan juga pensyarah. Di sekolah, guru atau pensyarah akan berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa kerana mereka bukan setakat mengajar ilmu bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin pelajar. Melalui aktiviti Sambutan Hari Muállim, pelajar dapat berinteraksi dengan pensyarah selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, pelajar juga menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyerlahkan bakat bagi menghiburkan para pensyarah dan menghidupkan suasana Hari Muállim. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang pensyarah.

Antara objektif program ini adalah:

  • Menaikkan dan menyemarakkan semangat para pensyarah dalam melahirkan modal insan.
  • Merapatkan hubungan siraturrahim antara pensyarah dan warga kerja dengan para pelajar.
  • Memupuk nilai menghargai jasa pensyarah dan warga kerja kepada para pelajar.
  • Menghargai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan semester.
  • Pada masa yang sama juga, turut diadakan Sambutan Hari Muállim & Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi meraikan para pensyarah yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan di samping menghargai pelajar yang telah menaikkan nama maahad dengan kecemerlangan yang telah dicapai. Ia merupakan majlisyang julung kali diadakan di Maahad ini. Majlis yang dirancang ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar dan juga pensyarah. Di sekolah, guru atau pensyarah akan berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa kerana mereka bukan setakat mengajar ilmu bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin pelajar. Melalui aktiviti Sambutan Hari Muállim, pelajar dapat berinteraksi dengan pensyarah selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, pelajar juga menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyerlahkan bakat bagi menghiburkan para pensyarah dan menghidupkan suasana Hari Muállim. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang pensyarah.

Read more...

Ceramah Ambang Ramadhan MTQ MAIK

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Dewan Serbaguna, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

31 Mei 2016 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan MAIK telah menganjurkan Program Ceramah Ambang Ramadhan Peringkat MTQ MAIK bersempena dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1437 Hijrah.

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak 1437H, satu siri Ceramah Ambang Ramadhan telah diadakan bertujuan sebagai persiapan awal untuk menjalani ibadah puasa sebulan di bulan Ramadhan bagi meraih ganjaran yang berlipat ganda dan keredhaan Allah seterusnya dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.

Antara objektif program ini adalah menghayati roh Ramadhan sebagai bulan Rahmat dan bersedia ke arahnya.

  • Melahirkan warga MTQ MAIK yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Memupuk semangat berkorban dengan lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain serta melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang tinggi.
  • Membentuk syakhsiah insan yang prihatin dan mempunyai sifat ihsan melalui amalan sedekah.
  • Melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

Read more...

Majlis Khatam Al-Quran Pelajar Semester 6 MTQ MAIK Sesi 2015

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Masjid Al-Mawaddah Komples Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

29 Mac 2015 bersamaan 08 Jamadilakhir 1436H - Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Pelajar Semester 6 Sesi 2012/2015 bertempat di Masjid Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji.

Seramai 22 orang pelajar yang telah menyertai dalam majlis tersebut merupakan pelajar yang mengambil Kursus Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat. Majlis dirasmikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Muhammad Hana Pizi Bin Haji Abdullah, Imam Besar MAIK yang mewakili Timbalan Yang DiPertua MAIK.

Antara objektif majlis khatam kali ini adalah bagi menerapkan semangat cintakan Al-Quran dan melahirkan para huffaz yang mempunyai jati diri dan istiqomah dalam tarbia.

Pada julung kalinya Anugerah Hafiz Tauladan diperkenalkan yang mana dianugerahkan kepada Muhammad Basyaruddin Bin Hashim. Beliau dinobatkan sebagai Hafiz Tauladan 2015 berdasarkan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah diri serta penyertaan beliau dalam segala aktiviti dan majlis yang dianjurkan sepanjang tempoh pengajian.

Pada tahun ini juga Anugerah Pelajar Awal Khatam diperkenalkan bagi menyuntik semangat kepada para huffaz. Antara Pelajar yang Berjaya meneria anugerah tersebut ialah :-

  • Khairul Anuar Muhamadi Bin Muhamad
  • Mohamad Amir Muiz Bin Mohamad Fuzi
  • Muhammad Mukmin Al-Hafiz Bin Zahari

Read more...

Peperiksaan Diploma Darul Quran sesi 2015

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK
  • Program

26 Mac 2015 bersamaan 5 Jamadilakhir 1436H – Seramai 84 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK yang terdiri daripada pelajar semester 2,4 dan 6 telah menjalani peperiksaan Diploma Darul Quran bagi sesi 2015. Peperiksaan bagi pelajar semester 6 bermula pada 2 Mac 2015 hingga 10 Mac 2015 diadakan di Darul Quran Kuala Kubu, Selangor manakala peperiksaan bagi pelajar semester 2 dan 4 bermula pada 16 Mac 2015 sehingga 26 Mac 2015 bertempat di Dewan Huffaz Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK, Kompleks Islam Jubli Perak SUltan Ismail Petra Panji.

Read more...

Program Bakti Siswa MTQ MAIK

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Jelawang Resort, Gunong Stong, Dabong
  • Program

Program Baktisiswa Pelajar-Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat MAIK diadakan pada 19-22 Disember 2014 bertempat di Jelawang Resort, Gunong Stong, Dabong. Semua 87 orang Pelajar dan Pegawai/Kakitangan terlibat dalam program tersebut.

Antara pengisian yang diselitkan dalam program tersebut ialah Program Gotong-Royong membersihkan Masjid/Kubur, Perlawanan Bolasepak antara MTQ dan Belia Dabong, Team Building, Jungle Tracking dan banyak lagi.

Read more...

Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali ke 4

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Darul Quran, Kuala Kubu, Selangor
  • Program

Program Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali ke 4 Anjuran Bersama Darul Quran JAKIM dengan Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri dan Swasta terpilih telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Oktober 2013 sehingga 24 Oktober 2013 bertempat di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru, Selangor. Program yang disertai oleh 13 kontijen daripada pelbagai institusi tahfiz negeri di Malaysia telah merekodkan sejarahnya yang tersendiri melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak penganjur. Terdapat 2 kategori acara yang dipertandingkan iaitu acara dewan dan acara padang. Acara padang yang dipertandingkan seperti bola sepak, ping-pong, futsal, badminton dan sepak takraw manakala acara dewan pula iaitu terdiri daripada hafazan, tilawah, seni khat, nasyid dan qasidah.

Program Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali ke 4 Anjuran Bersama Darul Quran JAKIM dengan Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri dan Swasta terpilih telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Oktober 2013 sehingga 24 Oktober 2013 bertempat di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru, Selangor. Program yang disertai oleh 13 kontijen daripada pelbagai institusi tahfiz negeri di Malaysia telah merekodkan sejarahnya yang tersendiri melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak penganjur. Terdapat 2 kategori acara yang dipertandingkan iaitu acara dewan dan acara padang. Acara padang yang dipertandingkan seperti bola sepak, ping-pong, futsal, badminton dan sepak takraw manakala acara dewan pula iaitu terdiri daripada hafazan, tilawah, seni khat, nasyid dan qasidah.

Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) telah menghantar seramai 40 orang peserta dan diiringi oleh 4 orang guru pengiring. Semua kontijen telah berkampung di kampus Darul Quran selama 5 hari. Segala usaha para peserta dan pegawai tahfiz (MAIK) berbaloi apabila 3 acara yang disertai iaitu badminton, hafazan dan seni khat berjaya menyumbang pingat perak kepadapasukan. Segala aktiviti yang berlangsung boleh dilihat melalui gambaran di bawah.

Read more...

Majlis Perasmian Makmal Komputer

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Makmal Komputer MTQ
  • Program

Majlis Perasmian bilik Makmal komputer Maahad Tahfiz (MAIK) telah disempunakan oleh YABhg. Dato’ Haji Kamaruddin Bin Haji Mohd Zin selaku Timbalan Yang DiPertua Maik pada 08 Mei 2013 bersamaan 27 Jamadilakhir 1434H. Makmal ini akan mula digunakan oleh para pelajar MTQ setelah dibaik pulih sepenuhnya dengan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Sebelum Perasmian, acara memotong riben telah disempurnakan oleh YABhg. Dato Timbalan Yang DiPertua MAIK dengan diiringi oleh YB. SF. Dato’ Timbalan Mufti Negeri Kelantan serta pegawai-pegawai Tahfiz dan MAIK.

Bilik Makmal Komputer MTQ telah dirasmikan oleh YABhg. Dato Haji Kamaruddin Bin Mohd Zin pada 08 Mei 2013 bersamaan 27 Jamadilakhir 2013.

Read more...
Subscribe to this RSS feed

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
267
473
996
12338
2079195