ARKIB

Lawatan Sambil Belajar ke Pasentren Sumatera Thawalib Parabek Bukit Tinggi, Padang, Indonesia

Event Details:

  • Date: - -
  • Lokasi: Pasentren Sumatera Thawalib Parabek Bukit Tinggi, Padang, Indonesia
  • Program

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat MAIK telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pasentren Sumatera Thawalib Parabek Bukit Tinggi, Padang, Indonesia pada 16-18 Oktober 2014. Lawatan tersebut diketuai oleh AF. Tuan Pengetua dan Penolong Pegawai Tadbir MTQ sebagai Ketua Urusetia serta 5 orang Pegawai dan 30 orang Pelajar terpilih yang cemerlang dalam akademik berdasarkan peperiksaan terkini.

Objektif lawatan tersebut ialah untuk memberi pendedahan, pendekatan dan dapat bertukar-tukar pendapat dengan lebih luas kepada pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran, melahirkan pelajar yang berpengalaman luas dan berketerampilan dalam bidang Tahfiz Al-Quran, memberikan pengalaman yang baru kepada kakitangan dan menimba ilmu untuk memantapkan lagi institusi pengajian dan banyak lagi.

Antara tempat yang dilawati ialah Pasentren Sumatera Thawalib Parabek Bukit Tinggi, Rumah Kelahiran Allahyarham Buya Haji Abdul Malik Karim Hamka Amrullah (HAMKA) di Tepian Danau Maninjau, Nagari Sungai Batang, Kecamatan Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat. Antara lain ialah di Istana Pagaruyung, Minangkabau.

Read more...

Lawatan Kerja Yayasan Islam Kelantan

Event Details:

  • Date: - -
  • Lokasi: Bilik Mesyuarat Maahad Tahfiz
  • Program

13 Januari 2015 - Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menerima satu Lawatan Kerja daripada Yayasan Islam Kelantan pada 13 Januari 2015.Kunjungan tersebut telah diketuai ole AF Ustaz Mohd Zaki Bin Deraman, Timbalan Pengarah (Bahagian Akademik) serta dua orang lagi iaitu AF Ustaz Kamarudin B Muhd , (Timbalan Pengarah Sekolah Sekolah) dan AF Ustaz Sukeri Bin Hussin (Bahagian Hal Ehwal Murid) HEM. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendapat pencerahan daripada pihak MTQ MAIK berkenaan dengan Prosedur MOU daripada Darul Quran JAKIM.

Read more...

Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Sesi 2014

Event Details:

  • Date: - -
  • Lokasi: Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak
  • Program

6 Mei 2014 (Selasa) - Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Kelantan (MTQ MAIK) telah mengadakan Majlis Pendaftaran Pelajar Baru MTQ MAIK di Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji Kota Bharu Kelantan. Seramai 40 orang pelajar baru telah terpilih untuk kemasukan sesi mei pada tahun ini daripada 120 penyertaan yang diterima. Pra acara dewan berlangsung pada jam 9.15 pagi dengan Taklimat Ringkas Pelajar Baru dan Ibu Bapa yang disampaikan oleh AF. Ustaz Haji Mohd Najmuddin bin Haji Ismail selaku Penyelaras Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Majlis Perasmian Pendaftaran Pelajar Baru MTQ MAIK sesi 2014 / 2017 berlangsung pada jam 10.00 pagi yang mana dimulakan dengan aluanan bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Ahmad Sofwan bin Mohamad Nazir secara taranum berqiraat. Acara diteruskan dengan ucapan aluan AF. Mohd Sukeri Bin Mohd Nor, Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK. Beliau mengucapakan tahniah dan syabas kepada mereka yang terpilih pada tahun ini dan mengharapkan para pelajar untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin bagi tujuan proses pengajian dan pembelajaran sepanjang berada di kampus ini.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh AF. Ustaz Muhammad Hanapizi bin Abdullah , Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mewakili Timbalan Yang Dipertua MAIK. Dalam ucapannya, beliau menyarankan supaya ibu bapa cakna dan mengambil tahu akan disiplin dan akademik anak-anak mereka bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan berwibawa. Ia juga dapat mengeratkan hubungan diantara ibu bapa dengan pihak pentadbiran MTQ MAIK. Beliau turut mengharapkan supaya para pelajar bijak dalam membuat keputusan untuk menghadapi apa jua rintangan yang di hadapi semasa proses pembelajaran dan penghafazan. Para pelajar juga diminta untuk istiqamah dalam menghafaz Al-Quran bagi mengelakkan dari berlaku permasalahan tidak memenuhi muqarar (sukatan) setiap semester.

Acara diteruskan dengan bacaan ikrar pelajar baru secara beramai-ramai yang diketuai oleh adik Mohd Atqullah Bin Najimudin.Majlis diakhiri dengan bacaan doa yang disampaikan oleh YBRs. Encik Alwe bin Jusoh yang merupakan kakitangan MAIK.

Read more...

Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-5 Pelajar Semester 6 Sesi 2011 / 2014

Event Details:

  • Date: - -
  • Lokasi: Masjid Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak
  • Program

20 Februari 2014 (Khamis) - Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MTQ MAIK) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran kali ke-5 bertempat di Masjid Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji, Kota Bharu, Kelantan. Seramai 25 orang pelajar semester 6 Program Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran di Maahad ini telah mengikuti Majlis tersebut.


YB. SS Dato' Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah merasmikan majlis tersebut sebagai mewakili YAB. Dato' Hj Kamaruddin bin Mohd Zin, Timbalan Yang Dipertua MAIK.


Pada ucapan perasmian tersebut, YB. SS. Dato’ melahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada para pelajar, asatizah dan Ibu bapa kerana telah berjaya dalam melahirkan generasi yang merupakan aset penting bagi agama, bangsa dan negara yang akan memartabatkan kesucian ayat-ayat Al-Quran dimasa akan datang.
YB. SS. Dato’ juga menyarankan supaya para pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK untuk berusaha memahami ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran dan memperkasakan budaya Ilmu serta menyebarkannya untuk kebaikan masyarakat. Para pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK diingatkan supaya sentiasa menjana akhlak dan disiplin yang baik bagi mencerminkan peribadi yang mulia.

Read more...

Perjumpaan Ibu Bapa & Penjaga Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK

Event Details:

  • Date: - -
  • Lokasi: Bilik Seminar Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak
  • Program

14 bersamaan 20 Safar 1436H – Satu perjumpaan ramah mesra antara ibu bapa dan penjaga pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (MTQ MAIK) dengan pengetua, pensyarah-pensyarah dan kakitangan-kakitangan MTQ MAIK telah diadakan di ruang atas dewan besar Kompleks Islam Jubli Perak (KIJP) bermula jam 2.10 petang dan berakhir jam 5 petang. Cetusan idea untuk mengadakan pertemuan seperti ini telah lama wujud, namun dek kekangan masa dan kesibukan maka pertemuan ini tersebut berjaya juga diadakan meskipun dalam jangka masa yang singkat.

Dalam pertemuan tersebut, Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Al-Fadhil Ustaz Mohd Sukeri bin Mohd Noor, antara lain dalam ucapan alu-aluannya bahawa tujuan utama perjumpaan ramah mesra yang diadakan buat julung kalinya ini adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara para ibu bapa / penjaga dengan semua pensyarah dan kakitangan untuk sama-sama menyelesaikan masalah-masalah berbangkit yang berkaitan dengan prestasi pelajar, disiplin dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan serta hala tuju pelajar setelah mereka berjaya memegang diploma pengajian Tahfiz Al-Quran yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM melalui Darul Quran Kuala Kubu, Selangor.

Setiap bahagian di Maahad Tahfiz Al-Quran temasuk Bahagian Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik (HEA) dan Hal Ehwal Pelajar(HEP) telah menyelaraskan dan menyelia tugas dan tanggungjawab unit-unit di bawah masing-masing. Selepas penerangan dari ketiga-tiga bahagian utama di Maahad ini, para ibu bapa / penjaga diberi peluang untuk sesi soal jawab, bertanya dan memberi pandangan bagi menambahbaik pentadbiran ini. Mereka amat berpuas hati dengan penerangan yang diberi serta berharap kepada pentadbiran maahad ini khususnya pihak pengetua maahad menguatkan lagi undang-undang sedia ada yang telah gubal demi untuk menjaga sikap dan akhlak pelajar serta kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik sepanjang berada disini.

Read more...
Subscribe to this RSS feed

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
187
473
916
12258
2079115