ARKIB

MTQ Webmaster

MTQ Webmaster

UNIT PENGURUSAN ASRAMA

PENGENALAN

Unit pengurusan asrama yang terdiri daripada warden dan pembantu asrama merupakan salah satu komponan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.Ianya dibentuk bagi mengurus hal ehwal pelajar dan memastikan segala prasarana di asrama mencukupi.Disamping itu, dapat membantu unit-unit lain kearah memberi perkhidmatan yang cekap dan efisien agar visi dan misi Maahad Tahfiz al-Quran (MAIK) dapat dicapai.

FUNGSI

  • Mengurus keperluan kelengkapan dan prasarana untuk kemasukan pelajar ke asrama.
  • Memastikan keberadaan pelajar di asrama.
  • Memantau tahap keselamatan dan kesihatan pelajar di asrama.
  • Mengawasi pergerakan keluar masuk pelajar di asrama.
  • Melapor sebarang salah laku pelajar sepanjang keberadaan di asrama.
Read more...

UNIT KO-KURIKULUM

PENGENALAN

Unit Kokurikulum Maahad Tahfiz al-Quran (MAIK) adalah salah satu unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang ditubuhkan untuk melaksanakan kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik kuliah (kurikulum) yang memberikan para pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik kuliah.

FUNGSI

  • Membantu perkembangan personaliti pelajar melalui kegiatan ko-kurikulum.
  • Menyelaras dan memantau program pembangunan dan pengembangan kegiatan Pendidikan Luar dan Pasukan Pakaian Seragam.
  • Menyelaras dan mengelola program peningkatan kepimpinan dan pengurusan persatuan / kelab.kurikulum.
  • Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar dalam aktiviti yang diceburi.
  • Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan pelajar di dalam persekitaran MTQ.
  • Menyeimbangkan perkembangan mental dengan perkembangan rohani , jasmani dan emosi.
  • Menyemai kesedaran pelajar terhadap penghayatan dan amalan agama Islam.
Read more...

UNIT BAHASA

PENGENALAN

Unit Bahasa merupakan unit di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Akademik Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK. Ahli - ahli unit merupakan barisan pensyarah yang berkelayakan dalam bidang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) bagi mengendalikan kursus-kursus bahasa. Secara amnya, unit ini bertanggungjawab terhadap kelancaran proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kursus-kursus berkaitan bahasa mengikut sukatan dan kaedah yang telah ditetapkan oleh pihak Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) Darul Quran, JAKIM.

FUNGSI

  • Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp) bagi kursus-kursus di bawah seliaan unit mengikut sukatan dan kaedah yang telah ditetapkan.
  • Menghadiri taklimat akademik bagi kursus-kursus di bawah seliaan unit setiap sesi pengajian baru.
  • Memantau dan mengkaji pencapaian akademik bagi kursus-kursus di bawah seliaan Unit.
  • Merancang dan melaksana program-progam peningkatan pencapaian akademik setiap semester bagi kursus-kursus di bawah seliaan unit.

Read more...

UNIT PENTADBIRAN & REKOD

PENGENALAN

Bahagian Pentadbiran dan Rekod merupakan salah satu Bahagian Utama di Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK. Ianya diwujudkan adalah untuk mengendali kerja-kerja yang berkaitan dengan Bahagian Pentadbiran,Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Pelajar,fungsi bahagian ini sebagaimana berikut,

FUNGSI

Mengurus hal-hal pentadbiran AM untuk mendapat kelulusan dari MAIK,
Mengurus bayaran elaun bulanan pelajar.
Mengurus bayaran elaun pensyarah sambilan (parttime).
Mengurus bayaran tuntutan pembelian barang-barang atau peralatan.
Mengurus fail kursus,seminar,bengkel,mesyuarat,program dan lain-lain perkara yang melibatkan kos kewangan dan pelepasan kakitangan serta pelajar.
Mengurus surat menyurat sama ada berkaitan dengan MAIK,Darul Quran dan Jabatan-Jabatan lain.
Mengurus ha-hal kebajikan dan keselamatan kakitangan dan pelajar.
Sebagai perancang,pelaksana serta pemautau semua aktiviti di bawah bahagian atau unit.
Merancang dan mengurus perbelanjaan tahunan MTQ mengikut bajet yang telah diluluskan oleh pihak MAIK.
Mengawal selia semua aset MTQ serta membuat penambahbaikan mengikut kepentingan semasa.
Merekod serta mengemaskini maklumat berkenaan dengan kakitangan dan pelajar.
Mengadakan kolaborasi dengan pihak-pihak yang berkepentingan.

Read more...
Subscribe to this RSS feed

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
159
3017
7987
20499
2106271