ARKIB

MTQ Webmaster

MTQ Webmaster

PROGRAM PENGAJIAN

SISTEM PENGAJIAN

Pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu:

  • Kursus Teras  - Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi keperluan pengajian.
  • Kursus Umum Pengajian Islam - Kursus ini wajib diikuti oleh semua pelajar dan dikehendaki lulus untuk layak menerima Diploma
  • Kursus Syukbah Qiraat- Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar dikehendaki mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan.

Semua program, peraturan serta pengurusan akademik yang dijalankan adalah dilaksanakan berdasarkan keputusan Lembaga Darul Quran yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

YURAN PENGAJIAN

Yuran pengajian tidak dikenakan. Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan untuk pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang memerlukan.

PROSPEK

Pemegang Diploma Tahfiz al-Quran wal-Qiraat layak memasuki perkhidmatan awam atau swasta sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, pendidik atau pendakwah atau imam dan lain-lain bidang yang memerlukan tahap profesionalisme, wibawa serta personaliti diri yang tinggi.

Read more...

PENGIKTIRAFAN IPTA / IPTS

Diploma Tahfiz al-Quran yang dikeluarkan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan universiti dalam dan luar Negara khususnya di Timur Tengah. Graduan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di pusat-pusat pengajian tinggi antaranya :

  • Maahad Qiraat Al-Azhar Al Syariff, Mesir
  • Universiti Islam Negeri, Sultan Syarif Kassim, Pekan Baru, Riau, Sumatera, Indonesia
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia USIM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Read more...

UNIT DISIPLIN

PENGENALAN

Unit Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK merupakan satu salah satu komponen yang berada di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK di mana ianya diterajui oleh seorang Pegawai Disiplin yang dilantik khas oleh Pengetua atas tujuan mengawal selia peraturan-peraturan dan pelaksanaannya secara menyeluruh keatas para pelajar.

FUNGSI

  • Melaksanakan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang ke atas para pelajar
  • Memperolehi dan mengambil butiran kesalahan pelajar untuk diambil tindakan oleh jawatankuasa tatatertib maahad tahfiz
  • Memastikan para pelajar mematuhi peraturan dan undang-undang
  • Memastikan peraturan-peraturan yang dilaksanakan memberi kesan positif keatas diri dan disiplin para pelajar
  • Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab kepada diri sendiri,kawan-kawan dan juga kepada Maahad Tahfiz
Read more...
Subscribe to this RSS feed

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
602
520
1411
9858
2095630