• PROGRAM

    Program pengajian dengan pengiktirafan Darul Quran JAKIM

  • JAWATAN KOSONGhot

    Kekosongan Jawatan Pensyarah di MTQ

Template articles

Template articles

Tagged under

VISI DAN MISI

VISI :
Memperkasakan keterampilan Huffaz ke arah memartabatkan generasi Al-Quran.

MISI :
Membentuk peribadi Huffaz yang mampu menterjemah al-Quran dan Sunnah secara syumuliah di MTQ melalui pentadbiran yang sistematik dan berterusan.

OBJEKTIF DAN MOTO MPP

OBJEKTIF

Penubuhan MPPMTQ adalah untuk mencapai cita-cita pembinaan dan pembentukan generasi pelajar yang akan menerajui kepimpinan akan datang disamping untuk mencapai falsafah dan matlamat pendidikan islam sebagaimana yang dikehendaki oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

  1. Memberi kefahaman islam yang tepat kepada pelajar berasaskan panduan Al-Quran dan Hadis.
  2. Berusaha membentuk pelajar yang bertakwa, berakhlak mulia, mempunyai semangat yang tinggi untuk Agama, Bangsa dan Negara
  3. Membantu pelajar dalam mencapai kejayaan dalam hidup dan kecemerlangan dalam bidang akademik.
  4. Membina peribadi dan pemikiran pelajar yang bertepatan dengan kehendak Islam.
  5. Melahirkan masyarakat pelajar yang harmoni, taawwun dan bersilaturahim dengan ukhwah islamiah.
  6. Berusaha memartabatkan biah solehah bagi melahirkan generasi Al – Quran yang berwibawa.
  7. Berusaha memelihara kebajikan dalam kalangan pelajar dan menjalinkan ikatan ukhuwah sesama warga MTQN.

MOTO: PEMBINAAN INSAN MELALUI AL-QURAN

PENGENALAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MTQ

Tanggal 14 Mei 2010, secara rasminya “MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL – QURAN” atau nama ringkas MPPMTQ telah ditubuhkan, MPPMTQ merupakan satu organisasi pelajar yang mana bernaung di bawah pentadbiran Hal Ehwal Pelajar MTQ MAIK. Penubuhan ini adalah bermatlamat, untuk melahirkan serta membangunkan insan khususnya para pelajar MTQ MAIK ke arah mencapai objektif dan matlamat yang terbaik dan cemerlang selaras dengan pendidikan MTQ MAIK, Iaitu melahirkan para huffaz yang muslim, cemerlang, beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan mampu berkhidmat untuk membangunkan keluarga, masyarakat negara dan ummah. Selain itu, penubuhan ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana menguruskan sesebuah organisasi dan juga memberi pendedahan tentang kepimpinan yang akan dihadapi oleh pelajar dalam mengharungi masyarakat di masa akan datang.

Sehingga kini MPPMTQ masih lagi giat merangka dan melaksanakan pelbagai program kepada seramai 49 orang pelajar MTQ MAIK dengan bermatlamat hasrat untuk melahirkan remaja harapan agama,bangsa dan negara tercapai .

STRATEGI

  1. Mewujudkan program pemantapan hafazan.
  2. Meningkatkan lagi sahsiah dalam kalangan para huffaz.
  3. Mewujudkan unit penerangan.
  4. Memperbanyakkan perjalanan aktiviti seperti usrah,rehlah,mukhayyam dan sebagainya.

PERINSIP MPPMTQ

  1. Allah Matlamat kami
  2. Rasulullah Ikutan kami
  3. Al-Quran Panduan Kami
  4. Jihad Jalan Kami
  5. Mati Syahid Cita-cita kami

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
652
507
3874
12321
2098093