DEFINISI LOGO MPP MTQ MAIK
- Ditulis oleh MTQ Webmaster
- Kategori: Template articles
- Jumlah paparan: 4492
VISI :
Memperkasakan keterampilan Huffaz ke arah memartabatkan generasi Al-Quran.
MISI :
Membentuk peribadi Huffaz yang mampu menterjemah al-Quran dan Sunnah secara syumuliah di MTQ melalui pentadbiran yang sistematik dan berterusan.
Penubuhan MPPMTQ adalah untuk mencapai cita-cita pembinaan dan pembentukan generasi pelajar yang akan menerajui kepimpinan akan datang disamping untuk mencapai falsafah dan matlamat pendidikan islam sebagaimana yang dikehendaki oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Tanggal 14 Mei 2010, secara rasminya “MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL – QURAN” atau nama ringkas MPPMTQ telah ditubuhkan, MPPMTQ merupakan satu organisasi pelajar yang mana bernaung di bawah pentadbiran Hal Ehwal Pelajar MTQ MAIK. Penubuhan ini adalah bermatlamat, untuk melahirkan serta membangunkan insan khususnya para pelajar MTQ MAIK ke arah mencapai objektif dan matlamat yang terbaik dan cemerlang selaras dengan pendidikan MTQ MAIK, Iaitu melahirkan para huffaz yang muslim, cemerlang, beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan mampu berkhidmat untuk membangunkan keluarga, masyarakat negara dan ummah. Selain itu, penubuhan ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana menguruskan sesebuah organisasi dan juga memberi pendedahan tentang kepimpinan yang akan dihadapi oleh pelajar dalam mengharungi masyarakat di masa akan datang.
Sehingga kini MPPMTQ masih lagi giat merangka dan melaksanakan pelbagai program kepada seramai 49 orang pelajar MTQ MAIK dengan bermatlamat hasrat untuk melahirkan remaja harapan agama,bangsa dan negara tercapai .