Logo
Print this page

HAL EHWAL PELAJAR

PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Pelajar  adalah satu-satu kompenan utama bagi satu-satu organisasi pendidikan .Ianya diklasifikasikan khusus sebagai saluran utama bagi proses melahirkan bakal guru yang berkualiti seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru sebenarnya merupakan satu usaha yang mencabar dan berterusan. Unit Hal Ehwal Pelajar adalah salah satu unit di Maahad Tahfiz Al-Quan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MTQ MAIK). Ianya ditubuhkan untuk memberi khidmat berkenaan kebajikan serta mengasah kepimpinan pelajar.Pelbagai pendekatan telah diambil dan beberapa perubahan telah di buat dari segi pentadbiran dan pengurusan sistem bagi membolehkan perkhidmatan terbaik dan cekap diberikan kepada pelajar.Unit Hal Ehwal Pelajar bersama-sama bertanggungjawab menghasilkan graduan bumiputra bukan saja berilmu malahan berwibawa membimbing masyarakat.

FALSAFAH

Ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid ke arah membentuk generasi Al-Quran yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan bagi sekalian alam.

VISI

Membudayakan dan memantapkan sahsiah pelajar berasaskan disiplin dan kerohanian( Taqwa)

MISI

Merancang program yang strategik dan berkualiti untuk pemantapan sahsiah

OBJEKTIF

  • Pelajar pandai menguruskan masa.
  • Pelajar berada dalam kelas pada masa yang sepatutnya.
  • Penampilan pelajar kemas dan mengikut peraturan sekolah.
  • Pelajar tidak merokok.
  • Pelajar mempunyai kesedaran, tanggungjawab yang tinggi, tidak melakukan vandalisme.
  • Pelajar saling menghormati sesama sendiri, tidak membuli atau bergaduh.
  • Pelajar bersikap positif dan mempunyai hala tuju.
  • Mengelakkan kemalangan di Maahad, melindungi keselamatan, kesihatan kebajikan pelajar.


FUNGSI

  • Melaksanakan dan memantau program peningkatan dan pengembangan kendiri pelajar.
  • Mengumpul dan menyalur maklumat antara pihak pelajar, pensyarah dan pentadbir
  • Memberi khidmat nasihat dan kaunseling secara berkesan.
  • Mengurus pelajar ke program penyuburan kepimpinan dan pengurusan pelajar.
  • Memastikan tahap disiplin pelajar berada pada tahap yang tinggi.
  • Mengurus kebajikan dan keselamatan pelajar.
  • Meningkatkan lagi tahap disiplin pelajar.
  • Memastikan data enrolmen pelajar tepat dan terkini.
  • Memastikan pelajar dapat menginap di asrama dengan selesa.
  • Melaksanakan Peraturan dan Disiplin dengan adil dan saksama.
  • Memastikan semua pelajar mengikuti peraturan Maahad.
  • Memastikan minggu pendaftran dan pengurusan pelajar baru dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Memastikan majlis rasmi kelolaan Jabatan/Unit HEP dilaksanakan dengan berkesan.
  • Memastikan borang -borang untuk penempatan dan perlantikan diuruskan dan disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Hakcipta Terpelihara ©2014-2017 MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
PENAFIAN: MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAIK
tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Pelayar Mozilla Firefox 3.0 dan atas dengan resolusi 1280 X 800.
Tarikh Kemaskini : 05/04/2017 : 10:48