Arkib Berita

Program Klinik Mesra Solat 1437H/216M

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Masjid Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji
  • Program

25 Jun 2016M bersamaan 20 Ramadhan 1437H (Sabtu), Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dengan kerjasama Unit Pengurusan Kompleks Islam Jubli Perak telah mengadakan program Klinik Mesra Solat yang bertempat di Masjid Al-Mawaddah, KIJP. Ia melibatkan tenaga fasilitator seramai 8 orang dengan jumlah peserta dari kalangan anak yatim Darul Aitam Putera seramai 44 orang.

Program seharian ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Jumlah peserta pula diperkecilkan ke bilangan yang sedikit dengan membentuk 8 kumpulan bagi memudahkan fasilitator memberi pendedahan berkaitan solat. Program sepanjang Klinik Mesra Solat ini melibatkan LDK, sesi ceramah, praktikal wuduk, praktikal solat, dan amali solat jenazah.

Program ini dilihat memberi kesan yang amat baik kepada peserta yang mana peserta dapat menguasai wuduk dan solat secara menyeluruh dari segi teori dan praktikal. Ini kerana semua peserta telah pun dinilai pencapaian mereka merangkumi wuduk, azan dan iqamat, bacaan dalam solat, serta perlakuan dalam solat. Penglibatan dan kerjasama semua fasilitator pula begitu baik sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.