Arkib Berita

Program Pemerkasaan Bahasa Arab Di Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) Tahun 2017

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Maahad Tahfiz Al-Quran, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji, Kota Bharu
  • Program

Pada 16-17 November 2017, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menganjurkan Program Pemerkasaan Bahasa Arab khusus kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.

Program ini merupakan salah satu usaha untuk merealisasikan visi dan misi maahad ini ke arah pemantapan dan penguasaan bahasa arab yang berterusan di kalangan pelajar..

Antara Objektif program ini adalah :

  1. Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar-pelajar dan kakitangan maahad tahfiz melalui aktiviti seumpama ini;
  2. Memperkayakan perbendaharaan kata bahasa arab di kalangan pelajar;
  3. Menanam minat para pelajar untuk mempelajari bahasa arab dengan mewujudkan suasana pembelajaran di luar bilik kuliah yang lebih santai dan menyeronokkan
  4. Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa arab, sekaligus membudayakan percakapan dalam bahasa arab di kalangan pelajar dan kakitangan
  5. mewujudkan persaingan yang sihat dalam memenangi sesuatu pertandingan melalui usaha yang bersungguh-sungguh dalam setiap aspek dan menyahut saranan kerajaan supaya melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas kerana melibatkan diri dalam aktiviti yang berunsurkan kecergasan dan kesihatan.

Program ini adalah lebih berbentuk disiplin kesukanan. Kesemua 85 orang pelajar maahad telah mengikutinya dengan dibahagikan kepada 9 kumpulan yang bertanding. Setiap kumpulan wajib menghabiskan tugasan mereka di 10 checkpoint yang telah disediakan, terdiri daripada ujianberbentuk fizikal dan mental dengan mewajibkan penggunaan bahasa arab sepenuhnya.

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah