Arkib Berita

Majlis Khatam Al-Quran Pelajar-Pelajar Semester 6 Maahad Tahfiz MAIK Tahun 2018

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Maahad Tahfiz Al-Quran, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji, Kota Bharu
  • Program

Pada 22 Februari 2018, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Pelajar-Pelajar Semester 6 Maahad Tahfiz MAIK Tahun 2018.

Program ini adalah salah satu program tahunan maahad yang telah dilaksana sebagai tanda syukur dengan kejayaan pelajar-pelajar semester akhir maahad ini kerana dapat menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Seramai 17 orang pelajar yang telah menyertai dalam majlis tersebut.

Antara Objektif program ini adalah :

  1. Melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang istiqa’mah dalam tarbiah huffaz.
  2. Menanam semangat cintakan Al- Quran.
  3. Menanam motivasi diri yang unggul.
  4. Mengeratkan hubungan silatulrahim antara semua pihak.

Mohammad Ubaidillah Bin Ab Aziz telah diumumkan penerima Anugerah Khas Hafiz 2018. Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah diri serta penyertaan beliau dalam segala aktiviti dan majlis yang dianjurkan sepanjang tempoh pengajian. Anugerah ini juga diperkenalkan untuk memberi dorongan dan galakan kepada huffaz lain untuk lebih bersungguh-sungguh dalam pengajian yang dipelajari.

Selain itu seramai 3 orang pelajar telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajar Awal Khatam iaitu;-

  1. Nik Muhammad Hasbullah Bin Nik Man
  2. Nik Zainuddin Bin Nik Mohamed
  3. Agos Azizuddin Bin Agos Salim

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah