Arkib Berita

Program Projek Khidmat Masyarakat Semester 5/2018 Maahad Tahfiz MAIK Tahun 2018 (Kumpulan A)

Maklumat Program:

  • Date: -
  • Lokasi: Mukim/Kampung Nipah Bachok, Kelantan
  • Program

Jumaat, 27 Julai 2018 – Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menjayakan Program Pendaftaran Pelajar Baharu & Minggu Orientasi Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Projek Khidmat Masyarakat bagi para pelajar semester 5/2018. Program ini merupakan tugasan wajib bagi Mata Pelajaran Khidmat Masyarakat Diploma Tahfiz Al-Quran di bawah Darul Quran, JAKIM dan ianya telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya oleh para pelajar bersama komuniti.

Antara objektif program ini ialah :

  1. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen peserta dan masyarakat setempat terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
  2. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara peserta dan komuniti setempat dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak.
  3. Mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat.
  4. Menonjolkan huffaz kepada masyarakat awam dan membuktikan bahawa huffaz merupakan golongan yang serba mahir dan berkebolehan dalam pelbagai bidang.

Beberapa pengisian yang menarik telah dirancang dan disusun dengan teliti seperti gotong royong membersihkan kawasan Perkuburan Tok Latif, Masjid as-Solihin dan pesisiran Pantai Nipah.

Program ini juga dirancang sepenuhnya oleh pelajar-pelajar semester 5/2018 dengan diselia oleh Af. Ustaz Wan Muhammad Abu Bakr bin Wan Ibrahim, pensyarah maahad ini yang juga Penyelia Umum Khidmat Masyarakat Maahad Tahfiz MAIK dengan dibantu oleh Pegawai Hal-Ehwal Pelajar dan Warden Asrama.

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah