Arkib Berita

Program Projek Khidmat Masyarakat Semester 5/2018 Maahad Tahfiz MAIK Tahun 2018 (Kumpulan B)

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Masjid Mukim Panji Kota Bharu, Kelantan.
  • Program

Jumaat, 27 - 28 Julai 2018 – Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Projek Khidmat Masyarakat bagi para pelajar semester 5/2018. Program ini merupakan tugasan wajib bagi Mata Pelajaran Khidmat Masyarakat Diploma Tahfiz Al-Quran di bawah Darul Quran, JAKIM dan ianya telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya oleh para pelajar bersama komuniti.


  1. Meningkatkan kemahiran para pelajar tahfiz dalam bidang yang diceburi sekaligus meningkatkan potensi diri.
  2. Memperbetul dan melancarkan bacaan-bacaan dalam solat khususnya bacaan-bacaan wajib di dalam solat.
  3. Memberi kesedaran tentang kepentingan menunaikan solat dan ibadah serta memupuk disiplin yang mantap.
  4. Membentuk kerjasama pasukan dalam kalangan pelajar demi meningkatkan prestasi maahad.

Beberapa pengisian yang menarik telah dirancang dan disusun dengan teliti seperti amali bacaan al-fatihah dalam solat, qiamullail, ceramah dan gotong-royong mencuci kawasan masjid.

Program ini juga dirancang sepenuhnya oleh pelajar-pelajar semester 5/2018 dengan diselia oleh Af. Ustaz Wan Muhammad Abu Bakr bin Wan Ibrahim, pensyarah maahad ini yang juga Penyelia Umum Khidmat Masyarakat Maahad Tahfiz MAIK dengan dibantu oleh Pegawai Hal-Ehwal Pelajar dan Warden Asrama.

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah