Arkib Berita

Lawatan Akademik Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Ke Pusat Jaminan Kualiti Universiti Kebangsaan Malaysia

Maklumat Program:

  • Date: -
  • Lokasi: Bilik Inovasi, Pusat Jaminan Kualiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor
  • Program

Jumaat, 27 Julai 2018 – Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Jaminan Kualiti, UKM dengan disertai seramai 8 orang kakitangan maahad. Sesi ucapan alu-aluan daripada Pengarah Pusat Jaminan Kualiti-UKM iaitu, Prof. Madya Dr. Roziah binti Sidek dan seterusnya taklimat oleh 2 orang Timbalan Pengarah Pusat Kualiti-UKM iaitu Timb. Pengarah Bahagian Audit & Penandaarasan (BAP) dan Timb. Pengarah Sistem Pengurusan Kualiti (SPK).

Tujuan lawatan ini diadakan ialah;

  1. Mengambil input dari UKM kerana ianya sebuah intitusi yang mendapat pengiktirafan daripada Audit MQA yang membolehkan pihak UKM menjalankan audit sendiri.
  2. Tempat rujukan utama Audit MQA pada November 2018 ke atas Maahad Tahfiz Quran Negeri (MTQN) seluruh negara.
  3. Sebagai persiapan awal untuk mendapat pengiktirafan audit bagi membolehkan sesebuah MTQN meneruskan program akademik seterusnya membuat pengambilan pelajar baharu dari semasa ke semasa.

Lawatan ini juga menekankan supaya pentadbiran maahad perlu lebih jelas tentang penggunaan dan peraturan bilik jaminan kualiti. Pada lawatan tersebut, perbincangan dua hala dan soalan jawab telah dikemukakan kepada pihak UKM bagi menyelesaikan beberapa kemusykilan untuk penambahbaikkan serta beberapa cadangan telah diutarakan oleh pihak UKM untuk diguna pakai di maahad. Seusai sesi taklimat pihak maahad juga telah dibawa melawat ke bilik jaminan kualiti, bilik penyimpanan dokumen, bilik pengarah dan kakitangan sebagai panduan.

Sesi lawatan bersurai pada jam 1:00 tengahari selepas sesi penyampaian cenderahati kenang-kenangan.

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah