Arkib Berita

PROGRAM PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT SEMESTER 5/2019 MAAHAD TAHFIZ MAIK TAHUN 2019 (KUMPULAN 1)

Maklumat Program:

  • Date: -
  • Lokasi: Masjid Mukim Palekbang & Perkuburan Islam Palekbang
  • Program

Pada 6 - 7 September 2019 yang lalu, pelajar-pelajar Semester 5 sesi 2017/2020 Maahad Tahfiz MAIK (Kumpulan 1) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP MTQ MAIK) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Maahad Tahfiz MAIK telah melaksanakan Program Bengkel Al-Fatihah & Gotong-Royong Bersama Komuniti. Program ini merupakan tugasan wajib bagi Matapelajaran Khidmat Masyarakat Diploma Tahfiz Al-Quran di bawah Darul Quran, JAKIM dan ianya telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya oleh para pelajar bersama komuniti. Sasaran program ini ialah kepada anak-anak Ahli Mukim Palekbang yang berumur 13-17 tahun (lelaki sahaja).

Di antara objektif program ialah:

  1. Mempelajari dan membuat latihan bacaan Al-Quran khususnya bacaan Al-Fatihah..
  2. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen peserta dan masyarakat setempat terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
  3. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara peserta dan komuniti setempat dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak.
  4. Mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat.
  5. Menonjolkan huffaz kepada masyarakat awam dan membuktikan bahawa huffaz merupakan golongan yang serba mahir dan berkebolehan dalam pelbagai bidang.

Beberapa pengisian yang menarik telah disusun dan dilaksana dengan teliti seperti bengkel bacaan Al-Quran, gotong royong membersihkan masjid dan kawasan perkuburan Islam Palekbang.

Program ini juga dirangcang sepenuhnya oleh pelajar-pelajar semseter 5/2019 dengan di urus setiakan oleh Af. Ustaz Wan Muhammad Abu Bakr bin Wan Ibrahim, pensyarah maahad ini yang juga Penyelia Umum Khidmat Masyarakat Maahad Tahfiz MAIK dengan di bantu oleh Pegawai Hal-Ehwal Pelajar dan Warden Asrama.

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah