ARKIB

Program Pendaftaran Pelajar Baharu & Minggu Orientasi Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Sesi Kemasukan 2018/2021

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Maahad Tahfiz Al-Quran, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji, Kota Bharu
  • Program

Selasa, 30 April 2018 – Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menjayakan Program Pendaftaran Pelajar Baharu & Minggu Orientasi Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Sesi Kemasukan 2018/2021. Seramai 24 orang pelajar baharu mendaftar pada hari tersebut.

Matlamat program ini adalah untuk merealisasikan dan mengembangkan produk pengajian Tahfiz kepada Umum.

Antara Objektif program ini adalah :

  1. Mewujudkan hubungan baik antara pelajar dengan masyarakat.
  2. Memberi pendedahan sistem pengajian yang baharu.
  3. Memupuk perasaan cintakan kepada MTQ & MAIK dan menyemai semangat cemerlang untuk diri sendiri serta dapat merealisasikan MISI dan VISI maahad.

Satu slot taklimat berkenaan peraturan dan undang-undang pengajian oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar diikuti dengan sesi soal jawab bersama ibu bapa sebelum ucapan perasmian dilangsungkan.

Seterusnya pada jam 12.30 tengahari, pendaftaran asrama telah diadakan dan semua pelajar baharu di tempatkan di dalam bilik yang disediakan oleh urus setia.

Selepas asar, sesi orientasi dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Maahad Tahfiz MAIK selama empat (4) hari. Antara pengisian sepanjang minggu orientasi pelajar diberi taklimat mengenai HAL EHWAL AKADEMIK, UNIT PEPERIKSAAN dan UNIT AL-QURAN. Selain itu program juga diisi dengan slot latihan minda dan fizikal. Program dapat berjalan dengan lancar sepanjang tempoh tersebut.

Antara VIP yang dijemput pada program ini adalah YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK, YB. Sahibul Samahah Dato’ Mufti Negeri Kelantan, YB. Dato’ Aria D’Raja, Imam Besar, Ketua-Ketua Bahagian/Unit MAIK dan Kakitangan MAIK.

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.