ARKIB

Program Pendaftaran Pelajar Baharu & Minggu Orientasi Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Sesi Kemasukan 2017/2020

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji
  • Program

Selasa, 2 Mei 2017 – Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menjayakan Program Pendaftaran Pelajar Baharu & Minggu Orientasi Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Sesi Kemasukan 2017/2020 bertempat di Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji.Seramai 36 orang pelajar baharu berjaya didaftarkan pada hari tersebut.

Read more...

Majlis Khatam Al-Quran Pelajar-Pelajar Semester Enam Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Tahun 2017

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji
  • Program

Majlis ini diadakan sebagaimana lazim bagi meraikan 28 orang huffaz Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran pengajian Program Diploma Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.

Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang istiqomah dalam tarbiah huffaz, menanam semangat cintakan Al-Quran, motivasi diri yang unggul serta mengeratkan hubungan silatulrahim antara semua pihak.

Majlis Perasmian ini disempurnakan oleh YABrs. Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd. Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK. Jemputan VVIP terdiri daripada YB. Sahibul Samahah Dato’ Mufti Negeri Kelantan, YB. Dato’ Aria D’Raja, Pegawai-Pegawai/Kakitangan MAIK dan semua ibubapa pelajar semester enam.

Majlis diakhiri dengan Anugerah Khas Hafiz 2017 disandang oleh Nik Abdul Muiz Bin Nik Mustapa yang berasal dari Kampung Sungai Satan, Jeli, Kelantan.

Disediakan Oleh : Yasman Bin Hashim

Read more...

Program Lawatan Sambil Belajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Ke Acheh

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Pasentren Dayah Ulee Titi, DS Siron, Banda Acheh Nangroe Aceh Darussalam Indonesia
  • Program

9 November 2016 - Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pasentren Dayah Ulee Titi, DS Siron, Banda Acheh Nangroe Aceh Darussalam Indonesia melibatkan 24 orang pelajar cemerlang yang terpilih bersama 12 orang kakitangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada 09 hingga 12 November 2016.

Antara tempat-tempat yang dilawati ialah ke Universitas Islam Negeri Ar-Raniry & Pasentren Dayah Ulee Titi, Perahu di atas rumah penduduk di desa Tsunami, Masjid Baiturahman, Pendopo/ Alun-Alun Kota Banda Acheh dan Muzium Tsunami, Kapal PLTA Terapung dan Masjid Lampuuk, Masjid Baiturahim.

Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih meluas kepada pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran. Lawatan ini juga penting dalam melahirkan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif dalam merebut peluang kerja dalam bidang ini. Selain itu dapat mendorong dan meransang para pelajar agar lebih cemerlang di dalam hafazan al-quran.

Disediakan Oleh : Yasman Bin Hashim

Read more...

Daurah Haid, Nifas & Istihadhah Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Kelantan (MTQN MAIK)

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Masjid Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

13 Ogos 2016 (Sabtu), Pengajian Daurah Haid, Nifas & Istihadhah bagi siri 1 telah pun diadakan di bawah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar MTQ MAIK bertempat di Masjid al-Mawaddah. Daurah ini bermula jam 9 pagi sehingga jam 11.30 pagi dengan 2 sesi diadakan. Ia bukan sahaja khusus kepada pelajar Tahfiz MAIK, malah turut dibuka kepada orang awam dan sambutan yang diterima amat baik.

Ustaz Sofuan bin Shaberi selaku penceramah bagi daurah ini cukup arif dan selamba dalam penyampaiannya. Kitab yang digunakan pula adalah kitab yang dialih bahasa dari kitab "Sabilul Muhtadin" karangan beliau sendiri. Sememangnya perbincangan dalam masalah ini amat penting sama ada untuk kaum Adam apatah lagi bagi kaum Hawa. Untuk siri 2 pula akan diadakan pada 27 Ogos 2016 (Sabtu) dan diharapkan lebih ramai lagi penyertaan daripada orang awam bagi sama-sama mengikuti daurah ini.

Read more...

Jamuan Colek Perdana Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK 1437H

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Dewan Huffaz, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra Panji
  • Program

29 Jun 2016M bersamaan 25 Ramadhan 1437H (Rabu), Aneka colek memang sudah menjadi adat dan kebiasaan di bulan Ramadhan bagi masyarakat Malaysia. Justeru itu, Majlis Perwakilan Pelajar MTQ MAIK turut mengambil inisiatif untuk mengadakan 'Jamuan Makan Colek' bermula selepas selesai solat terawih hingga jam 11.30 malam bertempat di Dewan Huffaz, Kompleks Islam Jubli Perak. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran pensyarah, pegawai dan kakitangan MTQ MAIK yang turut membawa ahli keluarga masing-masing serta sudah tentu dengan keterlibatan semua huffaz MTQ MAIK. Disamping menuntut semangat kerjasama sesama pelajar MTQ semasa penyediaan makanan, tali silaturrahim antara para pelajar dan pensyarah juga turut dieratkan. Majlis yang julung kali diadakan ini diharapkan dapat dianjurkan dengan lebih gempak lagi apabila bertamunya Ramadhan yang akan datang.

Read more...

Program Klinik Mesra Solat 1437H/216M

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Masjid Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji
  • Program

25 Jun 2016M bersamaan 20 Ramadhan 1437H (Sabtu), Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dengan kerjasama Unit Pengurusan Kompleks Islam Jubli Perak telah mengadakan program Klinik Mesra Solat yang bertempat di Masjid Al-Mawaddah, KIJP. Ia melibatkan tenaga fasilitator seramai 8 orang dengan jumlah peserta dari kalangan anak yatim Darul Aitam Putera seramai 44 orang.

Program seharian ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Jumlah peserta pula diperkecilkan ke bilangan yang sedikit dengan membentuk 8 kumpulan bagi memudahkan fasilitator memberi pendedahan berkaitan solat. Program sepanjang Klinik Mesra Solat ini melibatkan LDK, sesi ceramah, praktikal wuduk, praktikal solat, dan amali solat jenazah.

Program ini dilihat memberi kesan yang amat baik kepada peserta yang mana peserta dapat menguasai wuduk dan solat secara menyeluruh dari segi teori dan praktikal. Ini kerana semua peserta telah pun dinilai pencapaian mereka merangkumi wuduk, azan dan iqamat, bacaan dalam solat, serta perlakuan dalam solat. Penglibatan dan kerjasama semua fasilitator pula begitu baik sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Read more...

Program Liqa-ul Syeikh 1437H/2016M

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Masjid Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji
  • Program

27 Jun 2016M bersamaan 23 Ramadhan 1437H (Isnin), Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK sekali lagi berjaya mengadakan program liqa-ul quran yang mana ia sememangnya menjadi program tahunan MPP setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Program berlangsung di Masjid al-Mawaddah bermula zohor hingga jam 3.00 petang.

Kali ini, dua orang syeikh dijemput iaitu Syeikh Aiman Ahmad Abu Allam dan Syeikh Abd Rahman al-Hafiz yang mana kedua-duanya merupakan imam Terawih Madinah Ramadhan ll yang bertempat di Masjid At-Taqwa, Bandaraya Satelit Islam, Pasir Tumboh. Majlis diserikan ydengan alunan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca secara bertarannum daripada syeikh. Kemudiannya, syeikh memberi taujihat dan pesanan kepada semua Ahlul Quran khususnya pelajar tahfiz supaya bersungguh-sungguh menjaga al-Quran kerana syafaatnya amat besar di hari akhirat nanti.

Read more...

Temuduga Program Ijazah Sanad Al-Quran Masjidil Haram Makkah Al-Mukarramah Sempena Program Madinah Ramadhan 1437H/2016M

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Majlis Perbandaran Kota Bharu
  • Program

2 Jun 2016 – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan Temuduga Program Ijazah Sanad Al-Quran Masjidil Haram Makkah Al-Mukarramah Sempena Program Madinah Ramadhan 1437M/2016M bertempat di Dewan Bunga Raya, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.

Seramai 12 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah hadir temuduga pada hari tersebut dan Mohamad Firdaus Bin Mohd Rosli Al-Hafiz & Muhammad Amirul Wafiq Bin Mazlan Al-Hafiz telah berjaya dalam termuduga tersebut.

Pelajar terpilih ini akan memperdengarkan hafazan dengan Sheikh yang berada di Masjidil Haram melalui dalam talian (skype) di sepanjang Ramadhan 1437H. Setelah menghabiskan 30 Juzu‘ memperdengarkan bacaan, peserta akan dibawa ke Makkah Al Mukarramah bagi menerima Ijazah Sanad yang akan diadakan bersama pihak Masjidil Haram pada bulan Disember 2016.

Read more...

Kejohanan Futsal Tertutup Anjuran Masjid Ibrahimi Pasir Puteh

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Gelanggang Futsal JPS, Pasir Puteh
  • Program

28 Mei 2016 – Masjid Ibrahimi Pasir Puteh telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup pada 28 Mei 2016. Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menghantar dua (2) pasukan yang terdiri daripada pelajar Semester 1 & 5.

Sebanyak 64 pasukan dari segenap masjid mukim/kampung di seluruh Jajahan Pasir Puteh telah menyertai kejohanan tersebut. Pencapaian pasukan semester 5 adalah berjaya ke suku akhir manakala pasukan semester 1 hanya sekadar di peringkat kumpulan.

Antara objektif program ini adalah:

  • Memberi peluang dan menarik minat remaja dalam sukan ini.
  • Mewujudkan semangat satu pasukan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
  • Mewujudkan semangat kesukanan dan hormat-menghormati di kalangan pemain.
  • Mengeratkan hubungan silatulrahim antara Masjid, remaja & masyarakat.
Read more...

Sedetik Bersama YABhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Syeikh Omar Bin Ab Rahman

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Masjid Al-Mawaddah, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

Sempena dengan kedatangan YABHG. RPOF. EMERITUS DATO’ DR. SYEIKH OMAR BIN AB RAHMAN ke Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji pada untuk satu Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya’ Ramadhan oleh MAIK kepada semua Masjid Mukim Seluruh Negeri Kelantan, pihak pengurusan MTQ MAIK tidak melepaskan peluang keemasan ini menjemput YABHG. RPOF. EMERITUS DATO’ DR. SYEIKH OMAR BIN AB RAHMAN untuk menyampaikan amanat atau taujihat kepada pelajar dan seluruh warga kerja MTQ.

Objektif Program:-

  • Menimba ilmu dan pengalaman daripada orang yang cukup luas ilmu dan pengalaman.
  • Memberi pendedahan kepada pelajar tentang perjalanan hidup seorang penuntut ilmu.
  • Menyemai semangat bermujahadah dala m menempuh hidup selama menuntut ilmu.
  • Memupuk semangat kerjasama dengan semua pihak supaya setiap kerja yang dijalankan berkualiti

Read more...