Permohonan pengambilan pelajar baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat sesi 2019/2022 TELAH DIBUKA Sila muat turun Borang Permohonan dan syarat-syarat kelayakan seperti di bawah.
Jumaat, 27 Julai 2018 – Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Jaminan Kualiti, UKM dengan disertai seramai 8 orang kakitangan maahad. Sesi ucapan alu-aluan daripada Pengarah Pusat Jaminan Kualiti-UKM iaitu, Prof. Madya Dr. Roziah binti Sidek dan seterusnya taklimat oleh 2 orang Timbalan Pengarah Pusat Kualiti-UKM iaitu Timb. Pengarah Bahagian Audit & Penandaarasan (BAP) dan Timb. Pengarah Sistem Pengurusan Kualiti (SPK).
Jumaat, 27 - 28 Julai 2018 – Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Projek Khidmat Masyarakat bagi para pelajar semester 5/2018. Program ini merupakan tugasan wajib bagi Mata Pelajaran Khidmat Masyarakat Diploma Tahfiz Al-Quran di bawah Darul Quran, JAKIM dan ianya telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya oleh para pelajar bersama komuniti.
Meningkatkan kemahiran para pelajar tahfiz dalam bidang yang diceburi sekaligus meningkatkan potensi diri.
Memperbetul dan melancarkan bacaan-bacaan dalam solat khususnya bacaan-bacaan wajib di dalam solat.
Memberi kesedaran tentang kepentingan menunaikan solat dan ibadah serta memupuk disiplin yang mantap.
Membentuk kerjasama pasukan dalam kalangan pelajar demi meningkatkan prestasi maahad.
Beberapa pengisian yang menarik telah dirancang dan disusun dengan teliti seperti amali bacaan al-fatihah dalam solat, qiamullail, ceramah dan gotong-royong mencuci kawasan masjid.
Program ini juga dirancang sepenuhnya oleh pelajar-pelajar semester 5/2018 dengan diselia oleh Af. Ustaz Wan Muhammad Abu Bakr bin Wan Ibrahim, pensyarah maahad ini yang juga Penyelia Umum Khidmat Masyarakat Maahad Tahfiz MAIK dengan dibantu oleh Pegawai Hal-Ehwal Pelajar dan Warden Asrama.
Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah
Jumaat, 27 Julai 2018 – Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menjayakan Program Pendaftaran Pelajar Baharu & Minggu Orientasi Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Projek Khidmat Masyarakat bagi para pelajar semester 5/2018. Program ini merupakan tugasan wajib bagi Mata Pelajaran Khidmat Masyarakat Diploma Tahfiz Al-Quran di bawah Darul Quran, JAKIM dan ianya telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya oleh para pelajar bersama komuniti.
Selasa, 30 April 2018 – Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menjayakan Program Pendaftaran Pelajar Baharu & Minggu Orientasi Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Sesi Kemasukan 2018/2021. Seramai 24 orang pelajar baharu mendaftar pada hari tersebut.
Sukacita dimaklumkan bahawa Darul Quran JAKIM dengan kerjasama Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah membuka permohonan bagi pengambilan pelajar baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat sesi 2019/2022.
Syarat-syarat serta butiran maklumat permohonan boleh dirujuk seperti di bawah:
*** Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat (MTQ MAIK) hanya terbuka untuk LELAKI sahaja. Untuk syukbah lain boleh memohon di sini.
Selasa, 30 April 2018 – Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menjayakan Program Pendaftaran Pelajar Baharu & Minggu Orientasi Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Sesi Kemasukan 2018/2021. Seramai 24 orang pelajar baharu mendaftar pada hari tersebut.
Pada 07 Disember 2017, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menganjurkan satu Program Ceramah Anti Dadah khusus kepada pelajar-pelajar maahad ini.
Pada 16-17 November 2017, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menganjurkan Program Pemerkasaan Bahasa Arab khusus kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.