Pengenalan MPP

Tanggal 14 Mei 2010, secara rasminya “MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL – QURAN” atau nama ringkas MPPMTQ telah ditubuhkan, MPPMTQ merupakan satu organisasi pelajar yang mana bernaung di bawah pentadbiran Hal Ehwal Pelajar MTQ MAIK. Penubuhan ini adalah bermatlamat, untuk melahirkan serta membangunkan insan khususnya para pelajar MTQ MAIK ke arah mencapai objektif dan matlamat yang terbaik dan cemerlang selaras dengan pendidikan MTQ MAIK, Iaitu melahirkan para huffaz yang muslim, cemerlang, beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan mampu berkhidmat untuk membangunkan keluarga, masyarakat negara dan ummah. Selain itu, penubuhan ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana menguruskan sesebuah organisasi dan juga memberi pendedahan tentang kepimpinan yang akan dihadapi oleh pelajar dalam mengharungi masyarakat di masa akan datang.

Sehingga kini MPPMTQ masih lagi giat merangka dan melaksanakan pelbagai program kepada seramai 49 orang pelajar MTQ MAIK dengan bermatlamat hasrat untuk melahirkan remaja harapan agama,bangsa dan negara tercapai .

STRATEGI

  1. Mewujudkan program pemantapan hafazan.
  2. Meningkatkan lagi sahsiah dalam kalangan para huffaz.
  3. Mewujudkan unit penerangan.
  4. Memperbanyakkan perjalanan aktiviti seperti usrah,rehlah,mukhayyam dan sebagainya.

PERINSIP MPPMTQ

  1. Allah Matlamat kami
  2. Rasulullah Ikutan kami
  3. Al-Quran Panduan Kami
  4. Jihad Jalan Kami
  5. Mati Syahid Cita-cita kami