YABrs Timb. Yang Dipertua

Perutusan YABrs Timbalan Yang Dipertua MAIK


Alhamdullilah, segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan izin serta petunjukNya, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK yang ditubuhkan pada tahun 1993 dapat melahirkan ramai generasi Al-Quran serta mampu berbakti kepada masyarakat di seluruh Negara.

Syabas dan tahniah di atas kejayaan Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan kerjasama Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia MAIK yang telah mula membangunkan portal rasminya pada tahun 2013, selaras dengan hasrat dan matlamat MAIK dan kepimpinan negara untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan maklumat melalui perkembangan dunia ICT yang begitu pesat tanpa had sempadan.

Segala informasi yang disediakan diharap dapat memudahkan orang ramai berurusan dengan Maahad Tahfiz khususnya dan MAIK amnya. Portal ini juga dapat membantu Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dalam menjalankan fungsinya sebagai sebuah institusi pendidikan ilmu Al-Quran dan Qiraat bertaraf diploma yang telah mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan Malaysia di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).

Akhir kata, selamat melayari Portal Rasmi Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK. Semoga dengan terbinanya portal ini, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dapat mengorak langkah dengan lebih efisyen serta mampu berjalan seiring dengan maahad-maahad tahfiz yang ada di seluruh Negara.

Sekian,terima kasih

YABrs Dr Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi
Timbalan Yang Dipertua
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
More in this category: Perutusan Mufti Negeri Kelantan »