Unit Kaunseling & Kebajikan

UNIT KAUNSELING & KEBAJIKAN

PENGENALAN

Unit kaunseling ini adalah merupakan salah satu unit yang diwujudkan  di bawah pengurusan bahagian hal ehwal pelajar (HEP) MAHAD TAHFIZ AL- QURAN MAIK bagi membantu mengawal selia pergerakan dan aktiviti pelajar serta sikap / akhlak mereka sepanjang berada di mahaad ini. Penumpuan utama kepada pelajar di    MTQN MAIK ialah memantau segala aktiviti yang akan dilaksanakan  oleh pelajar samada secara perseorangan atau secara berkumpulan melalui majlis perwakilan pelajar,mengenal pasti masalah dan bagaimana cara untuk menyelesaikannya.

FUNGSI

  • Mengenalpasti keperluan perkhidmatan kaunseling dan kerjaya pelajar melalui kajian, soal selidik, temubual perbincangan dengan pelajar,pensyarah dan kakitangan.
  • Merancang ,menyelaras dan mengendalikan perkhidmatan sesi kaunseling individu dan kelompok dari semasa ke semasa secara professional dan beretika.
  • Memberi garis panduan kepada pelajar supaya membuat perancangan yang teliti di dalam menentukan aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan supaya tidak terganggu dengan jadual  pengajian harian.
  • Menyedia dan memberi maklumat kepada pelajar tentang peluang-peluang pendidikan dan penajaan untuk menyatukan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
  • Menjadi perantaraan dan moderator dengan agensi-agensi luar yang berkaitan dengan peluang-peluang pengajian di institusi pengajian awam.
  • Memantau perubahan tingkah laku pelajar apabila menghadapi sesuatu kesulitan dan masalah.
  • Memberi sokongan emosi untuk menyelesaikan konflik dan mengurang ketegangan dengan memperbaiki kelemahan sosialnya.
  • Melatih dan mengajar pelajar sedikit sebanyak tentang kemahiran, berkomunikasi supaya pelajar tersebut dapat mengambil tindakan berbincang dan tidak mengambil tindakan fizikal.
  • Sebagai kaunselor di MTQN MAIK ini,mereka perlu membantu sedaya upaya menyelesaikan masalah yang timbul kerana  kebanyakan permasalahan yang timbul adalah berpunca daripada pengaruh persekitaran.