HAL EHWAL AKADEMIK

HAL EHWAL AKADEMIK

PENGENALAN

Hal Ehwal Akademik Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK  bertanggungjawab  mentadbir dan menguruskan program yang berkaitan dengan akademik pelajar dan pengurusan guru. Bahagian ini juga bertanggungjawab juga kepada Maahad  secara khususnye bagi mempertingkatkan prestasi pengajaran guru, akademik dan peperiksaan serta menyediakan khidmat bantu secukupnya agar visi dan misi maahad dapat dirialisasikan dengan lebih berkesan. 

Bahagian hal ehwal akademik merupakan salah satu bahagian yang terpenting di Maahad Tahfiz Al-quran MAIK. Ini kerana objektif utama Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek akademik dan sakhsiah diri. Antara objektif terkandung bahagian akademik ialah secara umum dan khusus:

OBJEKTIF UMUM

  • Memastikan pelajar dapat mernguasai semua sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan.
  • Menanamkan perasaan cinta kepada ilmu dalam setiap diri pelajar.
  • Memastikan setiap pelajar melibatkan diri dalam setiap program dan aktiviti yang telah disediakan.
  • Melahirkan seorang pelajar yang cemerlang dalam semua mata pelajaran.
  • Membentuk keperibadian muslim yang unggul dan berilmu pengetahuan selaras dengan tuntutan zaman.

OBJEKTIF KHUSUS

Mensepadukan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan golongan professional yang hafiz,mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan negara.
Menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendikiawan yang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman kegemilangan keilmuan Islam.

VISI AKADEMIK

"MTQ MAIK cemerlang"

MISI AKADEMIK

Berusaha kearah memartabatkan kecemerlangan akademik, mempertingkatkan sakhsiah pelajar, menyediakan persekitaran yang kondusif, berdaya mengadaptasi perubahan semasa dan sentiasa memenuhi aspirasi semua pelanggan.

FALSAFAH

Ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid ke arah membentuk generasi Al-Quran yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan bagi sekalian alam.

Bagi merealisasikan Akademik yang unggul serta pelajar yang berwibawa, bahagian akademik Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) juga dibahagikan kepada beberapa unit yang bertanggungjawab dalam menguruskan program yang berkaitan dengan akademik pelajar. Antara unit yang terdapat dibawah seliaan akademik MTQ MAIK.

  1. Unit Al-Quran dan Qiraat
  2. Penyelaras Bahasa
  3. Penyelaras Pengajian Islam
  4. Penyelaras Peperiksaan


FUNGSI

  • Bertanggungjawab kepada pengetua menyelia pengurusan pejabat ketika ketiadaan pengetua dan penolongnya.
  • Bertanggungjawab membantu pengetua menyelaras dalam hal-hal berkaitan dengan bidangnya seperti penaziran, lawatan dari pihak luar, latihan-latihan, kursus-kursus dan seumpamanya.
  • Bertanggungjawab mempengerusikan mesyuarat ketika ketiadaan pengetua dan mempastikan salinan miinit mesyuarat di hantar kepada pihak pentadbiran.
  • Bertanggungjawab membantu segala aktiviti danperancangan yang dilakukan oleh pihak pentadbir.
  • Memastikan pendaftaran pelajar dan sukatan matapelajaran secara On Line dapat diuruskan dengan baik.
  • Mengurus pendaftaran kursus pelajar.
  • Mengurus pelajar yang menangguh / berhenti pengajian.
  • Menyediakan jadual pengajian dan sukatan pengajian semester.
  • Memastikan pelajar dapat menguasai semua sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
  • Menyelaras latihan Industri kepada pelajar semester empat.
  • Mengadakan program kecemerlangan dan motivasi pelajar kearah pembentukan sakhsiah diri dan kecemerlangan pelajar.
  • Memberi ruang dan peluang yang sama rata kepada pelajar kearah mencapai prestasi yang sebenar dalam bidang akademik.
  • Mewujudkan iklim yang kondusif dari segi fizikal dan emosi.
  • Memastikan tenaga pengajar serta pengendalian P&P yang berkualiti dan berkesan.
  • Mewujudkan suasana pengajian yang seimbang dan kandusif.

More in this category: « UNIT PERPUSTAKAAN UNIT PEPERIKSAAN »