Unit Al-Quran & Qiraat

UNIT AL-QURAN DAN AL-QIRAAT

PENGENALAN

Unit al-Quran dan al-Qiraat adalah salah satu  unit kecil di Maahad Tahfiz al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelatan (MAIK).Unit ini berada di bawah seliaan Unit Hal Ehwal Akademik (HEA).Penubuhan unit ini bagi membantu pihak Hal Ehwal Akademik di dalam memastikan segala urusan berkaitan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam subjek hafazan al-Quran berjalan dengan lancar.

FUNGSI

  • Menyelia dan mengawasi kelas hafazan al-Quran harian
  • Merancang,mengurus dan mengedarkan sukatan hafazan al-Quran semester   kepada guru-guru al-Quran.
  • Membantu pengetua dalam mengkaji,mengenalpasti segala kelemahan pelajar dalam hafazan al-Quran serta Tajwid disamping mencadangkan langkah-langkah menanganinya.
  • Menyediakan laporan prestasi pencapaian hafazan bulanan.
  • Bertindak mengemukakan analisa pencapaian keputusan peperiksaan al-Quran secara lisan dan bertulis kepada pegawai akademik.
  • Merancang program-program tambahan berkaitan subjek hafazan al-quran.