Unit Peperiksaan

UNIT PEPERIKSAAN

PENGENALAN

Unit Peperiksaan adalah salah satu unit di bawah Hal-Ehwal Akademik di Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MTQ MAIK). Unit ini ditubuhkan untuk membantu Hal-Ehwal Akademik dalam urusan yang berkaitan dengan peperiksaan di Maahad ini.

FUNGSI

  • Menyusun dan membuat penyelarasan jadual peperiksaan dengan pihak Darul Quran (JAKIM).
  • Memantau dan bertindak sebagai urus setia minggu peperiksaan yang berjalan di Maahad ini.
  • Membuat dan menyediakan laporan keputusan peperiksaan kepada Hal-Ehwal Akademik.
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.