Unit Pengajian Islam

UNIT PENGAJIAN ISLAM

PENGENALAN

Unit Pengajian Islam merupakan sebuah unit yang ditubuhkan dibawah Bahagian Hal Ehwal Akademik Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK. Ia menumpukan kepada perkhidmatan pendidikan khasnya dalam bidang Pengajian Islam mengikut peruntukkan undang-undang akademik yang telah ditetapkan oleh pihak Darul Quran JAKIM.

FUNGSI

  • Menjadikan pengajian islam sebagai teras dalam sistem Pengajian  peringkat Diploma JAKIM.
  • Melaksanakan program – program pengajian Islam dan gerak kerja yang berada di bawah unit pengajian Islam di Maahad  Tahfiz MAIK.
  • Memastikan pengajian islam diterapkan  secara syumul dan dapat dihayati serta dipraktikkan dalam kehidupan seharian pelajar.
  • Mengutamakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) seiring dengan keperluan semasa demi menjayakan visi dan misi MTQ MAIK.
  • Menguruskan dan menyelia staf akademik membentuk tenaga kerja yang mempunyai peribadi mulia, beretika, cekap dan profesional bagi menggerakkan pembangunan serta berdaya saing tinggi bagi memimpin masyarakat Islam moden yang progresif dalam semua arena yang diceburi.
  • Membantu bahagian hal ehwal akademik dalam melaksanakan program pengajian islam seperti kursus dan latihan kepada  pelajar.
  • Menyelaras segala sukatan pengajian syariah dan ushuluddin mengikut sukatan pengajian Darul Quran JAKIM.
  • Menyelaras dan menjalankan kajian-kajian ilmiah dalam pengajian Islam