ARKIB

MTQ Webmaster

MTQ Webmaster

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAIK dengan penuh tekad dan iltizam serta bertawakkal kepada Allah akan menumpukan seluruh usaha kami untuk:-

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dengan mengutamakan kecemerlangan dan peningkatan kualiti serta mendidik semua pelajar supaya berakhlak mulia, bertindak rasional, berfikiran kreatif dan berketerampilan.
  • Bertindak mengikut peraturan dan mematuhi undang-undang demi menjaga maslahah ummah.
  • Sentiasa bekerjasama dengan pihak Darul Quran JAKIM dalam melaksanakan program dibawah anjuran Akademik atau Hal Ehwal Pelajar.
  • Menyediakan khidmat sosial kepada masyarakat untuk program-program keagamaan atau acara yang dapat memupuk perpaduan.
  • Mengamalkan budaya mesra, cekap, berkualiti dengan memberi layanan baik dan berkerjasama dengan semua pihak.
  • Berkongsi idea dengan ibu bapa atau penjaga untuk bersama-sama mendidik pelajar kearah membudayakan ilmu serta dapat mengukuhkan diri dengan iman dan taqwa.
Read more...

Perjumpaan Ibu Bapa & Penjaga Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK

Event Details:

  • Date: - -
  • Lokasi: Bilik Seminar Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak
  • Program

14 bersamaan 20 Safar 1436H – Satu perjumpaan ramah mesra antara ibu bapa dan penjaga pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (MTQ MAIK) dengan pengetua, pensyarah-pensyarah dan kakitangan-kakitangan MTQ MAIK telah diadakan di ruang atas dewan besar Kompleks Islam Jubli Perak (KIJP) bermula jam 2.10 petang dan berakhir jam 5 petang. Cetusan idea untuk mengadakan pertemuan seperti ini telah lama wujud, namun dek kekangan masa dan kesibukan maka pertemuan ini tersebut berjaya juga diadakan meskipun dalam jangka masa yang singkat.

Dalam pertemuan tersebut, Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Al-Fadhil Ustaz Mohd Sukeri bin Mohd Noor, antara lain dalam ucapan alu-aluannya bahawa tujuan utama perjumpaan ramah mesra yang diadakan buat julung kalinya ini adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara para ibu bapa / penjaga dengan semua pensyarah dan kakitangan untuk sama-sama menyelesaikan masalah-masalah berbangkit yang berkaitan dengan prestasi pelajar, disiplin dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan serta hala tuju pelajar setelah mereka berjaya memegang diploma pengajian Tahfiz Al-Quran yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM melalui Darul Quran Kuala Kubu, Selangor.

Setiap bahagian di Maahad Tahfiz Al-Quran temasuk Bahagian Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik (HEA) dan Hal Ehwal Pelajar(HEP) telah menyelaraskan dan menyelia tugas dan tanggungjawab unit-unit di bawah masing-masing. Selepas penerangan dari ketiga-tiga bahagian utama di Maahad ini, para ibu bapa / penjaga diberi peluang untuk sesi soal jawab, bertanya dan memberi pandangan bagi menambahbaik pentadbiran ini. Mereka amat berpuas hati dengan penerangan yang diberi serta berharap kepada pentadbiran maahad ini khususnya pihak pengetua maahad menguatkan lagi undang-undang sedia ada yang telah gubal demi untuk menjaga sikap dan akhlak pelajar serta kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik sepanjang berada disini.

Read more...

Seminar Perubatan Islam bersama Ustaz Muna

Event Details:

  • Date: - -
  • Lokasi: Bilik Seminar Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak
  • Program

10 Disember 2014 bersamaan 17 Safar 1436H – Pepatah Arab ada mengatakan “Alwigayayu khairun minalilaaj” yang bermaksud berwaspada itu lebih baik daripada mengubatinya. Difahamkan dari kata-kata ini bahawa setiap orang daripada kita mestilah menjaga kesihatan masing-masing. Akibat dari kecuaian kita berbagai-bagai penyakit kronik telah berlaku dalam negara kita yag membawa kepada kematian.

Justeru, atas kesedaran itu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (MTQ MAIK) telah mengadakan satu seminar perubatan islam bertemakan “Bersama Memartabatkan Rawatan Islam” bertempat di Bilik Seminar,Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak (KIJP) bermula jam 8.45 pagi dan berakhir jam 1.30 tengah hari. Para peserta terdiri daripada semua pelajar Tahfiz MAIK, pensyarah dan kakitangan MTQ MAIK. Perbentangan kertas kerja pada seminar tersebut adalah Al-Fadil Ustaz Muna bin Hamzan.

Dari perbentangan kertas kerja berkaitan dengan penyakit dan cara-cara mengubatinya. Sehubungan dengan itu, dapatlah kita fahami bahawa hikmat disebalik penurunan Al-quran sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W, ianya mengandungi penawar yang amat besar untuk merawati manusia baik untuk penyakit batin (rohani) mahupun penyakit zahir(luaran). Kadang-kadang penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden boleh dirawat dengan menggunakan ayat-ayat suci al-quran. Sejarah silam telah membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W dan para sahabat telah menggunakan ayat-ayat al-quran untuk merawat penyakit dan Rasulullah juga pernah disihir oleh orang yahudi, maka Allah SWT telah mengutuskan dua malaikat untuk merawatnya. Diakhir seminar tersebut, Al-fadil Ustaz Muna telah mengijazahkan Ayat Ruqyah 33 sebagai persediaan untuk para pelajar mengamalkannya di dalam kehidupan seharian sebagai asas perubatan islam.

Read more...
Subscribe to this RSS feed

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
212
639
2927
11374
2097146