Jawatankuasa Pengurusan

Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan

Maklumat Pelbagai:

LATAR BELAKANG

Dilahirkan di Kampung Padang Siam Pasir Puteh Kelantan pada 9 Mac 1975, berhijrah ke Kuala Krai. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Mengkebang Kuala Krai,manakala di peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama Arah Rahmaniah Kuala Krai seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang Tahfiz Al-Quran Dan Pengajian Alim di Madrasah Al-Quran Kubang Bujuk Serada Kuala Terengganu pada tahun 1987.Pada tahun 1997 beliau telah meneruskan pengajiannya di Universiti Al-Azhar Mesir dalam Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Pengkhususan Syariah Islamiyah.

Pada tahun 2005 beliau mula berkhidmat di Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Semasa berada di Maahad Tahfiz Al-Quran, beliau pernah memegang jawatan sebagai Guru Tasmik Al-Quran Serta Pensyarah Kelas Toturial, Ketua Unit Al-Quran, Penyelaras Peperiksaan,Ketua Hal Ehwal Pelajar dan Ketua Hal Ehwal Akademik. Manakala pada 1 Julai 2011 beliau dilantik sebagai Pengetua/Mudir sehingga sekarang.

Antara pengalaman beliau ialah; Pensyarah Sambilan Di Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra(Kias), Fasilitator Kem Kecemerlangan Solat Anjuran Sekreteriat Bandaraya Islam, Guru Agama Banduan Penjara Pengkalan Chepa Kota Bharu, Hakim Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan, Penceramah Program Halaqah Al-Quran Anjuran Kias Dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan, Penceramah Undangan Bagi Program Keagamaan Di Masjid, Sekolah , Pusat Pengajian Tinggi Dan Pejabat Kerajaan, Hakim Pertandingan Kalam Jamaie’(Coral Speaking) Sekolah Yik, Hakim Pertandingan Debat B. Arab Sekolah Yik, Hakim Tilawah Al-Quran Remaja Peringkat Telekom Kebangsaan, Penceramah Pengajian Sistem Iqra’ Kepada Guru Di IDIB, Pengkrusus Program Keagamaan Kepada Kakitangan Tabung Haji, Pengkrusus Program Keagamaan Kepada Kakitangan Baru Penjara,Penceramah Kepada Orang Asli Di Pos Balar Sempena Program Bulan Dakwah dan Panel Ujian Syafawi Al-Quran Program Pengajian Al-Quran Bersanad Anjuran Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Hubungan-imej
Tagged under

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
546
491
2906
17921
2084778