Logo
Print this page

UNIT KO-KURIKULUM

PENGENALAN

Unit Kokurikulum Maahad Tahfiz al-Quran (MAIK) adalah salah satu unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang ditubuhkan untuk melaksanakan kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik kuliah (kurikulum) yang memberikan para pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik kuliah.

FUNGSI

  • Membantu perkembangan personaliti pelajar melalui kegiatan ko-kurikulum.
  • Menyelaras dan memantau program pembangunan dan pengembangan kegiatan Pendidikan Luar dan Pasukan Pakaian Seragam.
  • Menyelaras dan mengelola program peningkatan kepimpinan dan pengurusan persatuan / kelab.kurikulum.
  • Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar dalam aktiviti yang diceburi.
  • Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan pelajar di dalam persekitaran MTQ.
  • Menyeimbangkan perkembangan mental dengan perkembangan rohani , jasmani dan emosi.
  • Menyemai kesedaran pelajar terhadap penghayatan dan amalan agama Islam.
Hakcipta Terpelihara ©2014-2017 MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
PENAFIAN: MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAIK
tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Pelayar Mozilla Firefox 3.0 dan atas dengan resolusi 1280 X 800.
Tarikh Kemaskini : 05/04/2017 : 10:48