UNIT DISIPLIN
- font size decrease font size increase font size
PENGENALAN
Unit Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK merupakan satu salah satu komponen yang berada di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK di mana ianya diterajui oleh seorang Pegawai Disiplin yang dilantik khas oleh Pengetua atas tujuan mengawal selia peraturan-peraturan dan pelaksanaannya secara menyeluruh keatas para pelajar.
FUNGSI
- Melaksanakan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang ke atas para pelajar
- Memperolehi dan mengambil butiran kesalahan pelajar untuk diambil tindakan oleh jawatankuasa tatatertib maahad tahfiz
- Memastikan para pelajar mematuhi peraturan dan undang-undang
- Memastikan peraturan-peraturan yang dilaksanakan memberi kesan positif keatas diri dan disiplin para pelajar
- Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab kepada diri sendiri,kawan-kawan dan juga kepada Maahad Tahfiz