Arkib Berita

Seminar Perubatan Islam bersama Ustaz Muna Featured

Event Details:

  • Date: - -
  • Lokasi: Bilik Seminar Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak
  • Program

10 Disember 2014 bersamaan 17 Safar 1436H – Pepatah Arab ada mengatakan “Alwigayayu khairun minalilaaj” yang bermaksud berwaspada itu lebih baik daripada mengubatinya. Difahamkan dari kata-kata ini bahawa setiap orang daripada kita mestilah menjaga kesihatan masing-masing. Akibat dari kecuaian kita berbagai-bagai penyakit kronik telah berlaku dalam negara kita yag membawa kepada kematian.

Justeru, atas kesedaran itu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (MTQ MAIK) telah mengadakan satu seminar perubatan islam bertemakan “Bersama Memartabatkan Rawatan Islam” bertempat di Bilik Seminar,Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak (KIJP) bermula jam 8.45 pagi dan berakhir jam 1.30 tengah hari. Para peserta terdiri daripada semua pelajar Tahfiz MAIK, pensyarah dan kakitangan MTQ MAIK. Perbentangan kertas kerja pada seminar tersebut adalah Al-Fadil Ustaz Muna bin Hamzan.

Dari perbentangan kertas kerja berkaitan dengan penyakit dan cara-cara mengubatinya. Sehubungan dengan itu, dapatlah kita fahami bahawa hikmat disebalik penurunan Al-quran sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W, ianya mengandungi penawar yang amat besar untuk merawati manusia baik untuk penyakit batin (rohani) mahupun penyakit zahir(luaran). Kadang-kadang penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden boleh dirawat dengan menggunakan ayat-ayat suci al-quran. Sejarah silam telah membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W dan para sahabat telah menggunakan ayat-ayat al-quran untuk merawat penyakit dan Rasulullah juga pernah disihir oleh orang yahudi, maka Allah SWT telah mengutuskan dua malaikat untuk merawatnya. Diakhir seminar tersebut, Al-fadil Ustaz Muna telah mengijazahkan Ayat Ruqyah 33 sebagai persediaan untuk para pelajar mengamalkannya di dalam kehidupan seharian sebagai asas perubatan islam.

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
40
516
1284
1431
2302053