Arkib Berita

Bengkel Pecutan Minda Bagi Peperiksaan Akhir Semester Diploma Tahfiz Siri 1/2022 Di Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK

Maklumat Program:

  • Tarikh: -
  • Lokasi: Secara Dalam Talian
  • Program

Sepanjang minggu lalu, iaitu pada 7. 10-11 hb. Mac 2022M bersamaan 3, 7-8hb. Syaaban 1443H, Unit Peperiksaan bersama Unit Pengajian Umum dan Unit Pengajian Bahasa di bawah seliaan Bahagian Hal Enwal Akademik (HEA) Mao had Tahfiz Al- Quran MAIK telah menganjur tiga (3) siri Bengkel Pecutan Minda yang melibatkan pelajar semester Dua (2) dan semester empat (4) iaitu seramai 57 orang.

Bengkel ini bertujuan sebagai persediaan kepada pelajar bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Semester Diploma Tahfiz aI-Quran dan al-Qiraat yang akan berlangsung bermula 21 Mac 2022 sehingga 4 April 2022. Pihak penganjur telah menjemput pensyaran- pensyarah daripada Darul Quran, Jaoatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk berkongsi ilmu.

Bengkel ini dimulai dengan kursus Kekeluargaan Islam yang hanya melibatkan pelajar semester empat. Sesi ini dikendalikan oleh AF. Us. Ahmad Fuad Bin Jamil, pensyarah kursus ini di Darul Quran JAKIM. Bengkel keaua pula diteruskan dengan kursus Bahasa Arab 2 & 4 yang disampaikan oleh YBrs. Ustazah Siti Ilham Binti Muhammad yang merupakan Penyelaras kursus Bahasa Arab di Jabatan Banasa, Darul Quran JAKIM. Manakala bengkel pada hari ketiga diakhiri dengan kursus B. Inggeris I yang dibimbing oleh YBrs. Pn. Siti Hajar Allah Binti Sharuddin selaku Ketua Jabafan Bahasa, Darul Quran JAKIM.

Pelbagai bentuk soalan yang disesuaikan dengan keaaaan semasa telah didedahkan kepada pelajar. Para penceramah turut berkongsi dengan pelajar tips- tips yang berguna bagi membantu pelajar memperolehi markah yang tinggi dalam peperiksaan akhir nanti. Bengkel yang dijalankan secara atas talian ini mencatat kehadiran penuh dan mendapat maklumbalas yang amat menggalakkan daripada pelajar. Diharapkan bengkel ini dapat memberi manfaat kepada pelajar untuk diaplikasi semasa menghadapi peperiksaan nanti. Penganjuran bengkel seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan Oleh : Wan Asma Binti Wan Ibrahim

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
325
628
2189
17204
2084061