Arkib Berita

Seramai 33 Pelajar Baharu Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Qiraat Jakim Daftar Di Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK

Maklumat Program:

  • Tarikh: -
  • Lokasi: Kompleks Islam Jubli Perak
  • Program

Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terus menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar putera mereka mendalami dan meneroka ilmu Al-Quran seterusnya bergelar sebagai huffaz.

Pada tahun ini seramai 77 calon telah dipanggil untuk temuduga dan seramai 33 sahaja yang berjaya terpilih untuk berada di sini dengan mengambil kira kuota sangat terhad. Pihak MAIK mengambil berat akan kualiti pelajar samada dari sudut akademik dan sahsiah diri. Bukan hanya kuantiti semata-mata.

Alhamdulillah pada 4 Julai 2022 bersamaan 4 Zulhijjah 1443H seramai 33 pelajar baharu Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat JAKIM telah mendaftarkan diri bagi pengajian sesi 2022/2025 iaitu selama tiga tahun di Maahad Tahfiz Al-Quran, MAIK yang terletak di Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji.

Majlis Pendaftaran Dan Minggu Orientasi Pelajar Baharu Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji itu telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan turut dihadiri Al-Fadhil Ustaz Haji Murtadha bin Haji Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK serta Al-Fadhil Ustaz Mohd Sukeri bin Mohd Nor, Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran, MAIK.

Untuk kemudahan pelajar di sini pihak MAIK menyediakan bilik menghafal Al-Quran, bilik kuliah pengajian mencukupi, perpustakaan yang dilengkapi buku-buku rujukan, makmal komputer, asrama dan pelbagai frasarana lain termasuk tempat bersukan supaya para huffaz yang dilahirkan di sini seimbang dari sudut kecerdasan minda juga kecergasan fizikal.

Untuk kemudahan pelajar di sini pihak MAIK menyediakan bilik menghafal Al-Quran, bilik kuliah pengajian mencukupi, perpustakaan yang dilengkapi buku-buku rujukan, makmal komputer, asrama dan pelbagai frasarana lain termasuk tempat bersukan supaya para huffaz yang dilahirkan di sini seimbang dari sudut kecerdasan minda juga kecergasan fizikal.

Semenjak penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK pada awal tahun 1993 lagi para pelajar di sini telah menunjukkan kecemerlangan dari segi akademik dan pembentukan sahsiah serta jati diri yang mampan. Pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah dikenali dan sentiasa menjadi pilihan masyarakat dalam menyumbang bakti sebagai imam tarawih, program ibadah serta kemasyarakatan lain.

Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK ini terletak di Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, yang mana kompleks ini di bina di atas tanah wakaf seluas 11.969 ekar diwakafkan oleh al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan pada 29 Safar 1340 Hijrah bagi 1/10 adalah untuk tujuan kebajikan.

Bersempena dengan Bulan Wakaf Kelantan yang dilancarkan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyeru orang ramai terutamanya rakyat negeri Kelantan untuk menyokong dan menyertai usaha dalam meningkatkan aktiviti wakaf ini. Berwakaflah, ganjaran pahala yang berterusan meskipun pewakafnya sudah meninggal dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari waqaftunai.e-maik.my atau hubungi +609 748 1512

“????? ???????, ??????????? ????? ???????”

Disediakan Oleh : Rosmiza Binti Kasim

flickr
www.flickr.com

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
2842
571
7653
20165
2105937