Arkib Berita

Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Mengorak Langkah Dalam Meningkatkan Kemenjadian Pelajar Melalui Aktiviti Sukan Dan Penubuhan Pembimbing Dalam Kalangan Pelajar

Maklumat Program:

  • Tarikh: -
  • Lokasi: Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP), Panji, Kota Bharu Kelantan
  • Program

Tanggal 18 Ogos 2022, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK buat julung kalinya telah mengadakan Majlis Pelancaran Pembimbing Rakan Siswa (PEERS) dan Perasmian Kejohanan Sukan Huffaz (SUKFAZ) Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK bagi tahun 2022. Majlis Pelancaran serta Perasmian kedua-dua program tersebut telah diadakan di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP), Panji dan ianya telah yang disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Sukeri Bin Mohd Nor iaitu Mudir Maahad Tahfiz al-Quran (MAIK).

Dalam pelancaran PEERS, seramai 16 orang pelajar Maahad Tahfiz MAIK yang terdiri daripada pelajar semester 1, 3 dan 5 telah dilantik sebagai kumpulan pertama barisan pembimbing yang akan berperanan khusus sebagai pembimbing kepada para pelajar yang lain di bawah bimbingan Unit Kaunseling Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.

Dalam Kejohanan SUKFAZ pula, ianya dirangka berlangsung sehingga 25 Ogos 2022 di mana 4 buah rumah sukan iaitu rumah merah, biru, hijau dan hitam akan berentap bagi mendapatkan tempat dalam 7 acara sukan yang akan dipertandingkan iaitu bola sepak, sepak takraw, badminton, bola tampar, ping pong, futsal dan memanah. Para peserta kejohanan adalah terdiri daripada semua pelajar serta 4 orang pensyarah sebagai ketua kontinjen dan pensyarah serta kakitangan lain sebagai penolong ketua kontinjen dan ahli rumah. Bagi menyerikan lagi kejohanan ini, satu acara khusus iaitu pertandingan memanah khusus kepada pensyarah dan kakitangan telah dilaksanakan seusai perasmian dijalankan.

Diharapkan, dengan adanya program-program sebegini ianya mampu membentuk serta melahirkan huffaz yang versatile di mana bukan sahaja cemerlang dalam sudut akademik namun berkebolehan dalam aspek sukan serta kepimpinan.

Disediakan Oleh : Mohd Aslam Bin Md Nawi

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
370
628
2234
17249
2084106