Arkib Berita

Majlis Pendaftaran Dan Minggu Orientasi Pelajar Baharu Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Sesi 2023 / 2026

Maklumat Program:

  • Tarikh: -
  • Lokasi: Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

Seramai 30 orang pelajar baharu Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mendaftar pada 10 Julai lalu bagi memulakan pengajian mereka yang akan bermula pada 16 Julai 2023 untuk sesi 2023/2026.

Buat julung kalinya juga, pihak MAIK membuat pengambilan pelajar tahfiz perempuan dan pada hari ini seramai 8 orang pelajar telah mendaftar. Pelajar perempuan ini akan ditempatkan secara berasingan daripada pelajar lelaki dimana pelajar lelaki ditempatkan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji sementara pelajar perempuan akan ditempatkan di asrama pusat tahfiz perempuan di Pendek, Kota Bharu.

Untuk makluman juga, pihak MAIK telah mewujudkan pusat tahfiz untuk pelajar perempuan dan ia terletak di Pendek, Kota Bharu.

Pada tahun ini, pihak MTQ MAIK menerima permohonan yang memberangsangkan apabila sebanyak 150 permohonan telah layak untuk dipanggil menghadiri sesi temuduga. Pelajar yang terpilih untuk mendaftarkan diri pada kali ini adalah dari kalangan pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan temuduga yang telah dijalankan pada 22 dan 23 Mei 2023.

Majlis Pendaftaran dan Minggu Orientasi Pelajar Baharu MTQ yang berlangsung di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji telah disempurnakan oleh YB. Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba, Dato’ Muhammad Shukri bin Muhammad, Mufti Negeri Kelantan dan turut dihadiri Yang Berusaha Ustaz Mahamad Azmi bin Zakaria, Pengetua MTQ MAIK.

Pada majlis sama, YB. Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba turut menasihatkan para pelajar baharu supaya istiqomah dalam menuntut ilmu kerana sudah pastinya perjalanan untuk menggenggam kejayaan ini mempunyai liku-likunya.

Bahkan, YB. Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba juga mengingatkan ibu bapa, selain kesungguhan anak-anak, mereka juga perlu memainkan peranan dalam memberikan sokongan kepada anak-anak untuk menjadi insaniah sebagaimana harapan keluarga.

Bukan itu sahaja, beliau turut menasihatkan kepada para pelajar supaya sentiasa membetulkan niat dalam menuntut ilmu iaitu mencari keredhaan ALLAH SWT dan bersainglah secara sihat dengan rakan -rakan yang lain serta hayatilah ikrar yang telah dibacakan di hadapan ibu bapa, pensyarah dan Pengurusan MTQ.

Pelajar yang telah mendaftarkan diri juga diwajibkan menghadiri minggu orientasi yang bermula pada 2.30 petang 10 Julai 2023 (Isnin) dan berakhir pada 13 Julai 2023 (Khamis)

#MAIK2023

#MTQMAIK

Disediakan Oleh : Rosmiza Binti Kasim

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
469
682
9283
22049
2107821