Arkib Berita

Bengkel Pecutan Minda Peperiksaan Akhir (Bahasa Arab) Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) MAIK

Maklumat Program:

  • Tarikh: -
  • Lokasi:
  • Program

Seksyen Hal Ehwal Akademik telah menganjurkan Bengkel Pecutan Minda Peperiksaan Akhir bagi subjek Bahasa Arab kepada semua pelajar Semester 4 dan 6, Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Dewan Huffaz, MTQ MAIK.

Bengkel ini dikendalikan oleh Ustazah Siti Ilham Binti Saleh yang merupakan Pensyarah Kanan Bahasa Arab di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) secara maya menggunakan aplikasi ‘Google Meet’ pada 7 Mac 2024 lalu.

Bengkel ini adalah sebagai persediaan kepada para pelajar sebelum menduduki peperiksaan akhir semester yang akan bermula 25 Mac nanti.

Selain itu, bengkel ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan teknik yang betul dan berkesan semasa menjawab soalan peperiksaan akhir subjek Bahasa Arab.

Antara pengisian bengkel adalah pendedahan dan tips untuk menjawab soalan bahagian Pemahaman, Terjemahan, Cara Ejaan, dan Penulisan.

Pelajar diterangkan dengan struktur soalan dan pemarkahan sebenar bagi memberi bayangan pada soalan yang akan datang. Di samping itu, pelajar juga berpeluang melontarkan sebarang soalan atau kemusykilan berkaitan subjek Bahasa Arab

Dengan berlangsungnya bengkel seperti ini, diharapkan para pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dengan sebaik mungkin apabila mereka menduduki peperiksaan akhir nanti. Didoakan juga berbekalkan pendedahan ini, mereka dapat memperoleh keputusan cemerlang sekaligus membantu mereka mengekalkan purata nilai gred yang baik.

#MAIK2024

#MTQMAIK

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
648
558
9034
21546
2107318