ARKIB

Perutusan Pengetua MTQ MAIK


Assalamualaikum,segala puji dan syukur kepada Allah Taala serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kerana dengan taufiq dan hidayahnya Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dapat mewujudkan portal rasmi sebagai sebuah pentas untuk menyampaikan atau berkongsi maklumat dengan seluruh masyarakat pada hari ini. Ucapan ribuan terima kasih saya tujukan kepada semua kakitangan Maahad dan Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia MAIK kerana bertungkus lumus menyumbangkan idea-idea yang mantap sepanjang proses portal dibangunkan.

Dengan wujudnya portal ini, bermakna Maahad Tahfiz tidak asing lagi berada di dalam dunia ICT bagi menyalurkan info-info akademik dan perkembangan semasa yang dijalankan kepada para ibu bapa,pelajar,kakitangan dan masyarakat dengan lebih efisyen. Pada masa yang sama, ianya dapat membantu kita untuk lebih mengenali sejarah penubuhan,visi,misi dan objektif agar maahad selalu dekat di hati serta sama-sama memartabatkan Institusi Pengajian Tahfiz Peringkat Diploma di negeri Kelantan ini.

Dengan terbinanya portal ini, maka terbuktilah Maahad Tahfiz sentiasa cakna dengan perkembangan teknologi maklumat yang merupakan suatu alat dalam menyampaikan dakwah. Akhir kata,saya berharap agar portal ini sentiasa utuh, demi mengangkat martabat pendidikan Al-Quran ke arah lebih berkualiti dan berdaya saing serta memudahkan pihak kami memperkasakan program yang dirancang bagi membina Generasi Al-Quran(Jilul Quran) yang bersifat Rabbani.

Sekian,terima kasih

AF. Ustaz Mohd Sukeri Bin Mohd Nor
Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran
Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
292
682
9283
21872
2107644