ARKIB

SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN

PENGENALAN

Seksyen Khidmat Pengurusan merupakan nadi utama MTQ MAIK dan memainkan peranan sebagai seksyen yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan. Seksyen ini bertujuan mewujudkan pengurusan yang cekap dan berkesan melalui sIstem pengurusan yang mudah dan pantas. Bertanggungjawab mengurus hal-hal pentadbiran am, mengurus semua pembayaran termasuk perolehan, perkhidmatan, elaun pelajar dan pensyarah jemputan. Seksyen ini juga mengurus aset-aset MTQ MAIK, hal-hal pengurusan sumber manusia dan pengambilan pelajar.

Seksyen ini juga bertanggungjawab sebagai penyelaras bagi pelaksanaan segala aktiviti yang berada di bawah semua seksyen serta menyelaras peruntukan tahunan yang disediakan. Seksyen ini turut menyediakan perkhidmatan sokongan bagi keperluan pembelajaran dan bahan bacaan kepada pelajar serta menjadi platform hebahan berkaitan MTQ MAIK kepada umum.

UNIT-UNIT DI BAWAH SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN

  1. Unit Pengurusan Am
  2. Unit Komunikasi dan Multimedia
  3. Unit Perpustakaan
  4. Unit Pentadbiran Siswi

1. UNIT PENGURUSAN AM

PENGENALAN

Unit ini menyediakan perkhidmatan pentadbiran am dan perhubungan kepada warga jabatan bagi meningkatkan tahap profesionalisme selaras arahan perkhidmatan. Unit ini juga merancang, mengurus, menyelenggara segala aktiviti yang berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan dan pembangunan. Ia juga menguruskan perkhidmatan meliputi aspek perlantikan, pengesahan, cuti kursus, laporan, penghantaran surat dan fail induk dan juga menguruskan hal-hal berkenaan kewangan.

2. UNIT KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

PENGENALAN

Unit Komunikasi dan Multimedia merupakan unit yang bertindak sebagai penyampai aktiviti, program dan semua hebahan berkaitan institusi pendidikan serta memastikan penyelenggaraan dalam bidang multimedia dalam keadaan baik dan terurus. Unit ini bertanggungjawab menyelaras dan memantau pengemaskinian maklumat dan kandungan laman web rasmi. Selain itu, unit ini berperanan untuk menyelenggara peralatan peralatan multimedia di setiap seksyen dan unit di MTQ MAIK.

3. UNIT PERPUSTAKAAN

PENGENALAN

Unit ini mengurus dan menyelenggara buku di perpustakaan disamping merancang serta melaksanakan aktiviti serta program bagi memperkasakan fungsi perpustakaan. Selain menyediakan bahan-bahan rujukan, perkhidmatan peminjaman buku, perkhidmatan rujukan pembaca serta khidmat nasihat pencarian maklumat juga disediakan.

4. UNIT PENTADBIRAN SISWI

PENGENALAN

Unit ini mengurus hal ehwal siswi di Pendek, Kota Bharu dari semua aspek yang melibatkan urusan pengurusan dan pentadbiran. Unit ini bertanggungjawab memantau hal berkaitan infrastruktur, kebersihan dan keceriaan. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab dalam mengurus rekod dan pengemaskinian data peribadi kakitangan dan pelajar MTQ (Perempuan).

UNIT JAMINAN KUALITI

Maahad Tahfiz al-Quran MAIK telah menjalin kerjasama dengan pihak Darul Quran JAKIM dalam penawaran program pengajian bidang Qiraat sejak tahun 1993. Pada 30 Mei 2018, program pengajian ini telah mendapat perakuan akreditasi penuh daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan penamaan program rasminya sebagai Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. Bagi menyelaras urusan berkenaan pematuhan akreditasi ini, pihak Darul Quran JAKIM menyarankan agar satu unit ditubuhkan di setiap Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ). Justeru, Unit Jaminan Kualiti ditubuhkan dan dikawal selia oleh Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK selaku Ketua Pengurusan Tertinggi MTQ MAIK di penghujung tahun 2018. Tujuh bidang penilaian standard akreditasi program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat Darul Quran JAKIM yang perlu dipatuhi oleh semua seksyen di Maahad Tahfiz al-Quran (MTQ) MAIK adalah sebagaimana berikut:

  1. Pembangunan dan Penyampaian Program
  2. Penilaian Pelajar
  3. Pemilihan & Khidmat Sokongan Pelajar
  4. Staf Akademik
  5. Sumber Pendidikan
  6. Pengurusan Program
  7. Pemantauan, Semakan dan Penambahbaikan Kualiti Berterusan Program

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
177
2997
8625
11354
2242526