ARKIB

SEKSYEN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

PENGENALAN

Seksyen Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) merupakan salah satu komponen yang utama dalam pentadbiran MTQ MAIK. Seksyen ini bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pelajar yang berkaitan pelaksanaan aktiviti kokurikulum, tatatertib, kaunseling, kesukanan, kebudayaan, penempatan dan kebajikan pelajar. Misi seksyen ini adalah untuk menjadi pemangkin ke arah pembentukan kecemerlangan, kewibawaan dan ketrampilan pelajar melalui pelaksanaan program pembangunan sahsiah. Seksyen ini diketuai oleh Ketua Seksyen HEPA dan dibantu oleh enam orang pegawai yang bertindak sebagai ketua unit.

UNIT-UNIT DI BAWAH SEKSYEN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

  1. Unit Disiplin
  2. Unit Kaunseling
  3. Unit Ko-Kurikulum
  4. Unit Pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Alumni Pelajar
  5. Unit Penyelarasan Hal Ehwal Pelajar Siswi
  6. UnitPengurusan Pelajar dan Asrama

1. UNIT DISIPLIN

PENGENALAN

Unit Disiplin merupakan komponen Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Unit ini bertanggungjawab memantau dan bertindak sebagai ejen penguatkuasaan peraturan dan undang-undang ke atas para pelajar dari semasa ke semasa mengikut arahan dan pekeliling dari pengurusan pentadbiran MTQ MAIK.

2. UNIT KAUNSELING

PENGENALAN

Unit Kaunseling merupakan satu salah satu komponen yang berada di bawah HEPA yang diterajui oleh seorang Kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia. Unit ini bergerak berpaksikan kepada definisi kaunseling yang sebenar iaitu satu unit yang berperanan dalam melaksanakan proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan kepada kod etika kaunselor, Lembaga Kaunselor Malaysia. Perkhidmatan ini secara amnya, berfungsi dalam memberi bimbingan khususnya dalam bidang akademik, kerjaya, sosial peribadi, keluarga serta hal‐hal lain bergantung kepada isu yang dikongsikan oleh klien.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

  1. Bilik Sesi

    Ruangan khas yang disediakan bagi memenuhi piawaian Lembaga Kaunselor Malaysia dalam usaha untuk mewujudkan suasana terapeutik di samping menjaga kerahsiaan klien sepanjang sesi kaunseling berlangsung antara kaunselor dan klien.


  2. Bahan Bacaan

    Terdapat beberapa bahan bacaan sampingan seperti buku motivasi, majalah serta bahan bacaan lain yang disediakan kepada individu yang berkunjung ke bilik kaunseling.


  3. Inventori Psikometrik

    Inventori psikometrik yang terdapat di Unit Kaunseling MTQ MAIK terbahagi kepada 3 aspek iaitu berkaitan personaliti, kesihatan mental dan emosi serta perkembangan kerjaya. Antara inventori tersebut:

    • Inventori Personaliti Sidek (IPS)
    • Inventori Personaliti Warna (IPW)
    • Depression Anxiety Stress-Scale (DASS)
    • Inventori Nilai Kerjaya Sidek (INPS)
    • Inventori Minat Belajar
    • Barsch Learning Style
    • Beck Depression Inventory

BENTUK PERKHIDMATAN KAUNSELING

  1. Kaunseling individu
  2. Kaunseling kelompok
  3. Kaunseling bimbingan
  4. Kaunseling kerjaya

JENIS-JENIS KLIEN

  1. Klien Sukarela (walk-in)

    Klien yang datang secara sukarela sama ada secara individu atau berkelompok ke Unit Kaunseling bagi mendapatkan perkhidmatan bimbingan kaunseling.

  2. Klien Dirujuk

    Klien yang dirujuk ke Unit Kaunseling oleh individu lain yang lebih berautoriti seperti pihak pentadbir, pegawai disiplin, pensyarah, warden ataupun individu lain yang berkelayakan.

JENIS-JENIS BORANG YANG DIGUNAKAN

  1. Borang Maklumat Klien
  2. Borang Temujanji Sesi
  3. Borang Persetujuan Termaklum
  4. Borang Rujukan Klien/Surat Rujukan
  5. Borang Penilaian Sesi Kaunseling

3. UNIT KO-KURIKULUM

PENGENALAN

Kegiatan ko-kurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik kuliah (kurikulum) yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik kuliah. Unit Ko-kurikulum adalah merupakan sebuah unit di bawah kendalian Seksyen Hal Ehwal Pelajar dan Alumni MTQ MAIK yang melaksanakan aktiviti ko-kurikulum bagi melahirkan pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan. Kegiatan ko-kurikulum di MTQ MAIK merangkumi aktiviti dalam sukan dan pembangunan bakat.

4. UNIT PENGURUSAN MPP DAN ALUMNI PELAJAR

PENGENALAN

Unit Pengurusan MPP & Alumni merupakan salah satu unit yang diletakkan di bawah Seksyen Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA). Antara tujuan penubuhannya adalah bertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau segala aktiviti MPP di MTQ agar selaras dengan visi dan misi MTQ MAIK. Selain itu, unit ini juga bertekad menjadi sumber rujukan tentang kegiatan alumni ke arah mewujudkan hubungan strategik dengan para pelajar bagi merealisasikan impian membawa MTQ MAIK ke arah yang lebih cemerlang.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) MTQ MAIK

Majlis Perwakilan Pelajar MTQ MAIK badan tertinggi pelajar yang diiktiraf sebagai medium rasmi kebajikan pelajar di institusi ini. Keahlian MPP MTQ MAIK dipilih melalui sistem demokrasi pilihan raya maahad dan meletakkan pelajar sebagai calon dan warga pemilihnya. MPP diketuai oleh Yang Dipertua yang kebiasaannya dipilih dalam kalangan pelajar yang mendapat undi terbanyak bagi jawatan ini. Pilihan raya kampus adalah satu wadah demokrasi yang diraikan dalam kalangan mahasiswa.

Objektif penubuhan majlis ini adalah:

  1. Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.
  2. Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.
  3. Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.
  4. Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan

ALUMNI PELAJAR

Nama rasmi badan ini ialah Pertubuhan Alumni Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan atau dalam sebutan ringkasnya “Alumni Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK” (ATMAM). Badan ini ditubuhkan secara rasmi pada 6 Julai 2021 melalui sijil pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Objektif penubuhan badan ini adalah:

  1. Untuk mengeratkan kerjasama dan memelihara pertalian persahabatan di antara seluruh ahli ATMAM mulai tahun 1985 hinggalah sekarang.
  2. Meningkatkan profesional serta komitmen semua ahli ATMAM seiring dengan perkembangan semasa bagi meneruskan misi dan visi MAIK.
  3. Untuk mengadakan khairat kematian untuk ahli ATMAM dan keluarga ahli.
  4. Untuk mengadakan cenderahati atau hadiah bagi aktiviti ziarah apabila berlakunya ahli ATMAM menunaikan haji atau sakit mengikut kadar yang ditetapkan.
  5. Untuk mengurus atau mengendalikan aktiviti kebajikan, sukan, rekreasi atau lawatan sosial yang melibatkan semua ahli ATMAM atau sebahagian ahli sahaja
  6. Untuk mengurus dan menjalankan apa jua aktiviti asalkan untuk kepentingan dan memberikan faedah kepada ahli-ali ATMAM.

5. UNIT PENYELARASAN HAL EHWAL PELAJAR SISWI

PENGENALAN

Unit Penyelarasan Hal Ehwal Pelajar Siswi merupakan salah satu unit yang diletakkan di bawah Seksyen Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA). Antara tujuan penubuhannya adalah berperanan sebagai pengurus kepada hal-hal yang berkaitan dengan ehwal pelajar siswi di Pendek seperti pengurusan umum, disiplin, ko- kurikulum dan sebagainya.

6. UNIT PENGURUSAN PELAJAR DAN ASRAMA

PENGENALAN

Unit ditubuhkan dengan tujuan menguruskan dan bertanggungjawab sepenuh masa ke atas pengurusan asrama dan dewan makan serta kemudahan dan kebajikan pelajar di asrama pelajar MTQ MAIK. Unit ini diketuai oleh seorang Penyelaras dan dibantu pula oleh dua orang Warden Asrama (Penyelia).

More in this category: « SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
175
2997
8625
11352
2242524