Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah mengadakan sesi temuduga bagi pengambilan pelajar baru bagi tahun 2015 pada 13/04/15 dan 14/04/15. Seramai 79 orang telah terpilih dari 180 permohonan yang diterima.Majlis Temuduga Pelajar baru sesi 2015 tersebut telah berlangsung di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra.Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.
Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (MPP MTQMAIK) telah menganjurkan Muktamar Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan buat kali ke–4 pada 28 dan 29 November 2014 bertempat di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Kelantan.
Program yang diadakan selama dua hari ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar lebih mendalam berkenaan Majlis Perwakilan Pelajar MTQ MAIK. Selain itu, ia juga bertujuan bagi mengemukakan pandangan dan idea baharu ke arah memantapkan organisasi ini serta sebahagian dari proses pembubaran dan perlantikan MPP baharu.
Muktamar yang bertemakan “BERSAMA MERAKYATKAN PERJUANGAN, NEKAD DENGAN ILMU DAN IMAN” ini telah menjadi satu lambang kekuatan ukhuwwah dikalangan pelajar MTQ MAIK sejak ditubuhkan disamping menjaga adab-adab sebagai seorang yang bergelar Ahlul Quran ‘Hamalatul Quran’.
Majlis penyerahan watikah perlantikan dirasmikan oleh Tuan Pengetua Al-Fadhil Ustaz Sukeri Bin Mohd Nor dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Al-Fadhil Ustaz Hj. Najmuddin Bin Ismail. Majlis Muktamar di akhiri dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Yang Di Pertua Pelajar saudara Muhamad Zulshuhaifi Bin Ismail.
Antara aturcara program muktamar ini adalah sesi soal jawab berkaitan ke mana hala tuju Majlis Perwakilan Pelajar MTQ MAIK seterusnya. Program-program ilmiah serta kokurikulum juga turut diselitkan sepanjang persidangan ini berlangsung.
29 Mac 2015 bersamaan 08 Jamadilakhir 1436H - Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Pelajar Semester 6 Sesi 2012/2015 bertempat di Masjid Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji.
Seramai 22 orang pelajar yang telah menyertai dalam majlis tersebut merupakan pelajar yang mengambil Kursus Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat. Majlis dirasmikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Muhammad Hana Pizi Bin Haji Abdullah, Imam Besar MAIK yang mewakili Timbalan Yang DiPertua MAIK.
Antara objektif majlis khatam kali ini adalah bagi menerapkan semangat cintakan Al-Quran dan melahirkan para huffaz yang mempunyai jati diri dan istiqomah dalam tarbia.
Pada julung kalinya Anugerah Hafiz Tauladan diperkenalkan yang mana dianugerahkan kepada Muhammad Basyaruddin Bin Hashim. Beliau dinobatkan sebagai Hafiz Tauladan 2015 berdasarkan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah diri serta penyertaan beliau dalam segala aktiviti dan majlis yang dianjurkan sepanjang tempoh pengajian.
Pada tahun ini juga Anugerah Pelajar Awal Khatam diperkenalkan bagi menyuntik semangat kepada para huffaz. Antara Pelajar yang Berjaya meneria anugerah tersebut ialah :-
PENAFIAN: Darul Quran MAIK tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.Pengunaan maklumat dari portal tersebut adalah di atas tanggungan pengguna.
Pihak Darul Quran MAIK tidak bertanggungjawab diatas sebarang salah maklumat atau kandungan yang dipaparkan berbeza daripada maksud sebenar. Kandungan rasmi laman web adalah di dalam Bahasa Melayu.