ARKIB

MTQ Webmaster

MTQ Webmaster

Penaziran Akademik Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat Di Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) Bagi Sesi Pengajian November - Mac 2024

Maklumat Program:

  • Tarikh: -
  • Lokasi: Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
  • Program

Panel Penaziran Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Penaziran Akademik bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat bagi sesi pengajian November - Mac 2024 di Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ( MAIK ).

Read more...

Majlis Pendaftaran Dan Minggu Orientasi Pelajar Baharu Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Sesi 2023 / 2026

Maklumat Program:

  • Tarikh: -
  • Lokasi: Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

Seramai 30 orang pelajar baharu Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mendaftar pada 10 Julai lalu bagi memulakan pengajian mereka yang akan bermula pada 16 Julai 2023 untuk sesi 2023/2026.

Read more...

SENARAI CALON-CALON YANG BERJAYA TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU DI LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN (LTDQ-MAAHAD TAHFIZ MAIK) SESI KEMASUKAN 2023/2026

Maklumat Program:

  • Date:

CALON-CALON YANG BERJAYA TEMUDUGA ADALAH SEPERTI DI BAWAH:

  • Nama-nama calon yang berjaya temuduga pengambilan pelajar baharu di lokasi tambahan Darul Quran (LTDQ - Maahad Tahfiz MAIK) sesi kemasukan 2023/2026 dipaparkan untuk makluman awal.
  • Surat tawaran akan dihantar bagi calon yang berjaya tertakluk kepada pengesahan hasrat untuk melanjutkan pengajian dengan merujuk senarai nama yang tertera.
  • Sila sahkan hasrat untuk melanjutkan pengajian melalui medium Google Form https://forms.gle/VZVHek5Mb1E88cnw6  dalam tempoh  3 hari bermula dari tarikh keputusan semakan diumumkan (20 JUN hingga 22 JUN 2023).
  • Calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh yang disebutkan adalah dianggap tidak menerima dan menolak tawaran.
  • Surat tawaran kemasukan akan dihantar melalui emel masing-masing sebelum atau pada 27 JUN 2023 (bagi calon yang membuat pengesahan sahaja). Sila semak emel.

*** BAGI CALON-CALON YANG TIDAK BERJAYA TEMUDUGA

  • Calon-calon yang tidak berjaya boleh membuat surat rayuan rasmi dan hendaklah di hantar ke pentadbiran ini melalui emel rasmi (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) dalam tempoh 3 hari bermula dari tarikh keputusan semakan diumumkan (20 JUN hingga 22 JUN 2023).
  • Calon-calon yang berjaya akan dihubungi pada 27 JUN 2023 melalui panggilan telefon.
  • Calon-calon yang tidak menerima apa-apa maklumat selepas 27 JUN 2023 adalah dianggap tidak berjaya
Read more...

Majlis Pelancaran Kelab Riyadhi Dan Pembangunan Bakat MTQ MAIK

Maklumat Program:

  • Tarikh: -
  • Lokasi: Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP), Panji, Kota Bharu Kelantan
  • Program

Pada 06 September 2022, Maahad Tahfiz al-Quran (MAIK) mengorak satu langkah lagi ke hadapan melalui pelancaran Kelab Sukan Dan Pembangunan Bakat. Majlis perasmian dan pelancaran kelab ini telah diadakan di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan KIJPSIP yang disempurnakan oleh YBrs. Imam Besar Negeri Kelantan, AF. Us Hj Mohd Hanapizi Bin Abdullah mewakili YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK, Tuan Hj Zulkefli Bin Ab Rahman. Melalui ucapannya, beliau berharap para pelajar akan menjadikan kelab ini sebagai platform untuk mengasah bakat dalam acara sukan dan kebolehan semulajadi yang diminati.

Read more...
Subscribe to this RSS feed

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
410
554
6609
19271
2169710