Arkib Berita

Ihtifal Ilmi Peringkat Kebangsaan Kali ke-5 Featured

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Maahad Tahfiz Negeri Pahang
  • Program

Ihtifal Huffaz yang dahulunya dikenali sebagai Ihtifal Ilmi adalah cetusan idea dari Darul Quran, JAKIM melalui kertas cadangan mengadakan Ihtifal Ilmi Peringkat Kebangsaan yang dibentang dan dipersetujui dalam persidangan Pengetua-Pengetua Peringkat Kebangsaan Kali Ke-15 di Perlis pada 10-13 Mac 2008.

Kertas cadangan Ihtifal Ilmi Peringkat Kebangsaan telah diangkat ke Mesyuarat Lembaga Darul Quran di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 4 Julai 2008 dan telah mendapat persetujuan untuk dilaksanakan pada tahun 2009

Maka dengan Persetujuan Lembaga Darul Quran, JAKIM, Ihtifal Ilmi Kali Pertama telah diadakan pada 12-15 Oktober 2009 di mana pengelolaan pertama telah diberikan kepada Darul Quran, JAKIM dengan penglibatan 10 buah institusi.

Pada tahun 2011, Ihtifal Ilmi yang digabungkan dengan SUKMAT telah diberi nama Ihtifal Huffaz. Ihtifal Huffaz kali ketiga diadakan pada 23-27 Oktober 2011 bertempat di Darul Quran, JAKIM melibatkan jumlah keseluruhan institusi sebanyak 13 buah.

Seterusnya Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Keempat telah diadakan pada 20-24 Oktober 2013 bertempat di Darul Quran, JAKIM dengan penglibatan 11 buah institusi.

Pada tahun ini, Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Kelima telah diadakan di Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Kuantan, Pahang pada 6-11 Jun 2015 yang melibatkan 13 Institusi di bawah kelolaan JAKIM

Kejohanan : Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 Tahun 2015 Tarikh : 6-11 Jun 2015 Tempat : Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), Pahang Urusetia : Maahad Tahfiz Negeri Pahang Kontinjen : 80 orang Penaung : YBrs. Ustaz Mohd Sukeri Bin Mohd Nor Pengarah Program: YBrs. Tuan Haji Mohd Najmuddin Bin Ismail Ketua Kontinjen : YBrs. Encik Yasman Bin Haji Hashim @ Yasin Penglibatan : Acara Ilmiah 1) Hafazan 1-10 Juzuk 2) Hafazan 1-20 Juzuk 3) Khutbah 4) Nasyid 5) Pidato Bahasa Melayu 6) Pidato Bahasa Inggeris 7) Tilawah Al-Quran Bertarannum 8) Tilawah Al-Quran Bertarannum Berqiraat 9) spell It Rihght : Acara Sukan 1) Bola Sepak 2) Sepak Takraw 3) Catur 4) Karom 5) Bola Tampar 6) Badminton 7) Futsal 8) Pingpong Pencapaian : Johan 1) Hafazan 1-20 Juzuk 2) Catur : Naib Johan 1) Hafazan 1-10 Juzuk : Ketiga 1) Pingpong 2) Bola Tampar 3) Badminton

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
436
585
1354
3614
2112714