Dato' Mufti Kelantan

Perutusan Mufti Negeri Kelantan


Alhamdulillah, dengan izin Allah, Portal rasmi Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK yang baharu mula diwujud pada tahun 2013.Sekalung tahniah buat Jawatankuasa yang terlibat dalam tugas ini selari dengan keperluan masa kini yang membolehkan penyebaran maklumat yang cepat dan tepat tentang maahad dapat dilaksanakan.

Hakikatnya, portal umpama e-kaunter pelanggan yang membolehkan para pelanggan, warga MAIK serta orang awam bebas untuk mendapatkan berita terkini, aktiviti yang dianjurkan dan maklumat yang berguna bagi memperkasakan lagi sistem pengajian tahfiz di negeri kita ini. Selain itu juga, portal juga berupaya membina jaringan antara institusi-institusi yang terlibat dalam bidang pendidikan di seluruh Malaysia. Tahniah juga buat kakitangan-kakitangan Unit Teknologi Maklumat Dan Multimedia MAIK yang bertungkus lumus menyiapkan Portal ini sehingga berjaya sampai ke tahap ini. Saya amat berharap agar usaha ini turut dicontohi oleh institusi - institusi pengajian tahfiz di negeri Kelantan yang masih lagi belum berkesempatan untuk berbuat demikian bagi merapatkan lagi jurang antara kita semua.

Sekali lagi tahniah buat warga MTQ MAIK, para pensyarah serta mereka yang terlibat dalam bidang pengajian ini yang setia berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya, di tangan kitalah diletakkan tanggungjawab untuk mencorakkan anak bangsa yang bukan sekadar cemerlang dalam bidang akademik bahkan berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi. Dalam hal ini, kita adalah model utama untuk diteladani.

Akhir kata, ikhlaskanlah niat kita dalam bekerja, kerana beban yang berat untuk mendidik anak bangsa kita akan menjadi ringan dengan niat yang ikhlas. Semoga dengan keikhlasan, kesungguhan, pengetahuan dan teknologi yang disatupadukan mampu untuk memastikan bahawa Visi dan Misi Maahad Tahfiz dapat dirialisasikan.

Sekian,terima kasih


YB. Sahibul Samahah Dato’ Haji Shukri Bin Mohamad
Mufti Negeri Kelantan

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
275
473
1004
12346
2079203